Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Rentaka” APCMC 4×4 Tarik Minat Pelanggan Berpotensi

Menurut sumber-sumber industri, diantara pihak yang menunjukkan minat terhadap Rentaka 4x4 itu adalah Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang menimbang untuk menggunakan kenderaan itu untuk anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

0 3,650

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak diperkenalkan kepada umum pada pameran Defence Services Asia 2022 pada April tahun lepas, kenderaan Armoured Personnel Carrier Multiple Capabilities (APCMC) “Rentaka” 4×4 telah menarik perhatian beberapa pelanggan berpotensi yang menunjukkan minat untuk menggunakannya.

Kenderaan Rentaka APCMC 4×4 dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd, syarikat sama yang membangunkan kenderaan berperisai “Tarantula” 4X4 HMAV (High Mobility Armoured Vehicle).

Menurut sumber-sumber industri, diantara pihak yang menunjukkan minat terhadap Rentaka 4×4 itu adalah Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang menimbang untuk menggunakan kenderaan itu untuk anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

“KDN mungkin berminat untuk menggunakannya bagi anggota PGA,” kata sumber industri tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perkara itu memandangkan ia masih lagi diperingkat awal perundingan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan adalah masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa KDN bakal menjadi pelanggan Rentaka 4×4 kerana “perjalanan masih jauh dan berliku” sebelum sesuatu keputusan konkrit diambil selain faktor persaingan dalam dan luar negara.

Rentaka

Namun kata sumber industri, kehadiran Rentaka 4×4 itu adalah amat positif kepada industri pertahanan tempatan.

Kenderaan Rentaka yang dibangunkan oleh MILDEF itu telah ditonjolkan secara rasmi kepada umum pada pameran DSA 2022 April lepas.

Dengan seberat sembilan tan dan mampu mengangkut 10 orang, kenderaan Rentaka 4×4 ini juga boleh dilengkapi dengan sistem persenjataan mesingan berat sama ada dioperasikan secara manual atau secara remote (remote control weapon system) bergantung kepada keperluan pelanggan.

Rentaka

Kenderaan Rentaka 4×4 ini menggunakan enjin 6.7 liter V8 Turbo Diesel.

Pada pameran DSA 2022 di MITEC, Kuala Lumpur April lepas, kehadiran Rentaka 4×4 itu telah menarik perhatian ramai.

Yang Di-Pertuan Agong turut sudi meninjau dengan lebih dekat kenderaan Rentaka 4×4 itu pada pameran DSA 2022. 

Malah delegasi pertahanan asing juga tertarik dengan kenderaan Rentaka 4×4,  dengan ada di antara telah mendapatkan maklumat lanjut tentang kenderaan terbaru keluaran syarikat MILDEF International Technologies itu.  

Berbanding Tarantula yang lebih berfungsi sebagai kepada kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) , Rentaka yang saiz lebih kecil itu pula lebih kepada sebuah kenderaan peninjau (scout) atau “reconnaissance”.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Disebabkan saiznya yang lebih kecil, kenderaan Rentaka ini juga boleh digunakan di kawasan-kawasan padat penduduk untuk apa-apa operasi keselamatan sama ada membabitkan angkatan tentera atau polis.

Selain PGA, unit-unit keselamatan di dalam KDN juga boleh menggunakan kenderaan Rentaka 4×4 termasuk Pasukan Gerak Khas (PGK), malah Unit Tindakan Khas (UTK) juga boleh menggunakan Rentaka kenderaan itu dalam operasi mereka.

Manakala bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula, kenderaan Rentaka boleh menggantikan kenderaan scout ATM yang sudah berusia “Ferret” dalam ketumbukan armor mereka. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...