Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tok Mat Tinjau Sendiri KD Laksamana Tan Pusmah Terlibat Insiden Pelanggaran

Dalam insiden yang berlaku semasa demonstrasi sempena Hari Terbuka Armada 2022 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysias (TLDM) di Lumut pada 29 Disember 2022, KD Laksamana Tan Pusmah telah dilanggar oleh sebuah bot Fast Interceptor Craft (FIC).

0 3,770

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan meluangkan masa untuk meninjau sendiri kapal korvet KD Laksamana Tan Pusmah yang terlibat dalam insiden pelanggaran beberapa hari lepas.

Dalam insiden yang berlaku semasa demonstrasi sempena Hari Terbuka Armada 2022 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysias (TLDM) di Lumut pada 29 Disember 2022, KD Laksamana Tan Pusmah telah dilanggar oleh sebuah bot Fast Interceptor Craft (FIC).

“Insiden tersebut mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m), manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan.”

“Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan. Lembaga Siasatan telah pun ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian,” menurut kenyataan di dalam akaun FB Menteri Pertahanan yang juga dikenali sebagai “Tok Mat”.

KD Laksamana Tan PUSMAH adalah salah satu daripada empat buah kapal jenis Korvet Kelas Laksamana yang digunakan oleh flotila serangan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tan Pusmah
Gambar Fail KD Laksamana Tan Pusmah

 

Kapal-kapal ini ditugaskan dalam skuadron korvet ke-24 TLDM.

TLDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 30 Disember itu berkata, insiden itu berlaku ketika sesi demonstrasi dan mengakibatkan badan kapal korvet itu terkoyak.

Bot FIC pula mengalami kerosakan di bahagian huluan.

Tok Mat
(kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

 

Bagaimana pun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam insiden itu.

“Ketika melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan di jeti Pangkalan TLDM Lumut sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22), sebuah Bot Tempur TLDM telah hilang kawalan dan terlanggar KD LAKSAMANA TAN PUSMAH.”

“Insiden tersebut telah mengakibatkan badan kapal KD LAKSAMANA TAN PUSMAH terkoyak sepanjang 2 x 1m dan Bot Tempur kemek di bahagian haluan. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden ini,” menurut kenyataan TLDM itu hari ini.

Tok Mat
(kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)
Tok Mat
(kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

 

Insiden tidak menjejaskan perjalanan Hari Terbuka Armada 2022 yang diteruskan mengikut atur cara yang telah ditetapkan.

TLDM juga mengatakan bahawa Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian. – – DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...