Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Usaha Thailand Perolehi Pesawat F-35A Terhalang…

Jawatankuasa perolehan parlimen Thailand itu memberikan alasan bahawa pihak tentera udara negara itu telah gagal mendapatkan kepastian sama ada Kongres Amerika Syarikat akan memberikan kelulusan bagi penjualan pesawat canggih itu.

0 5,332

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah jawatankuasa perolehan Parlimen Thailand telah menolak permohonan yang dikemukakan oleh Tentera Udara Diraja negara itu untuk mendapatkan peruntukan kewangan bagi membeli dua buah pesawat pejuang F-35A daripada Amerika Syarikat.

Jawatankuasa perolehan parlimen Thailand itu memberikan alasan bahawa pihak tentera udara negara itu telah gagal mendapatkan kepastian sama ada Kongres Amerika Syarikat akan memberikan kelulusan bagi penjualan pesawat canggih itu.

Timbalan Pengerusi jawatankuasa perolehan parlimen Thailand itu Yutthapong Charassathian berkata pihak mendapati proses perolehan dua buah pesawat pejuang F-35A daripada Amerika Syarikat itu akan mengambil masa selama 20 bulan.

F-35

Pihaknya berpendapat adalah lebih baik peruntukan pembelian dua buah pesawat F-35A itu digunakan untuk membantu kehidupan rakyat Thailand yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Oleh sebab itulah,  jawatankuasa perolehan parlimen negara itu memutuskan untuk menolak permohonan Tentera Udara Diraja Thailand untuk mendapatkan perolehan pembelian dua buah pesawat F-35A.

Tentera Udara Diraja Thailand bercadang memperolehi diantara lapan hingga 12 buah pesawat F-35A yang akan diperolehinya secara berperingkat sehingga tahun 2032.

Pada Julai lalu, setiausaha tetap Kementerian Pertahanan Thailand Jen Worakiat Rattanannon dalam satu majlis penerangan kepada jawatankan parlimen negara itu berkata Tentera Udara telah mengasingkan sejumlah peruntukan sejak 2018 untuk membeli pesawat pejuang yang baru.

Beliau juga berkata pihaknya mempunyai pelan alternatif sekiranya permohonan pihak tentera udara untuk mendapatkan peruntukan itu ditolak oleh parlimen negara itu.

F-35

Thailand berhasrat untuk memperolehi pesawat pejuang generasi kelima itu apabila sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh tentera udara negara itu mengesyorkan negara itu supaya membeli pesawat pejuang terbabit daripada Amerika Syarikat.

Jurucakap Tentera Udara Thailand Air Vice Marshall Prapas Sornchaidee berkata,  jawatankuasa itu telah mencadangkan pembelian pesawat pejuang generasi kelima daripada Amerika Syarikat kerana ia memenuhi keperluan negara.

Katanya, jawatankuasa itu telah diketuai oleh Timbalan Panglima Tentera Udara Thailand ACM Thanasak Metanan telah menggariskan strategi, misi,pelan operasi serta kemampuan-kemampuan yang perlu dimiliki oleh pesawat generasi kelima itu.

F-35A

.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Kemampuan-kemampuan itu adalah Network Centric Operations, counter air-strikes, surveillance dan reconnaissance, operasi jarak jauh, kemampuan kawalan operasi udara yang terkandung di dalam pesawat pejuang generasi kelima,” menurut beliau.

Menurut Prapas, pesawat pejuang generasi kelima perlu memiliki lima ciri penting – halimunan, supercruise, sensor fusion, high manoeuverbility dan avionic yang bersepadu,” katanya.

Jawatankuasa itu telah mengkaji tiga buah pesawat pejuang terdiri daripada F-35 Joint Strike Fighter (Amerika Syarikat), J-20 “Mighty Dragon” (China) dan Su-57 daripada Russia. — DSA

Comments
Loading...