Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Switzerland Pilih F-35, Syarikat Pembuat Pesawat Eropah “Kecewa”

"Kekecewaan" syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang Eropah terhadap dominasi F-35 di benua mereka berterusan selepas Switzerland menjadi negara Eropah terbaru untuk membeli pesawat pejuang generasi kelima untuk tentera udaranya. Nampaknya syarikat pembuat pesawat Eropah telah "ditolak" oleh negara-negara Eropah sendiri dan ini amat mengecewakan mereka.

0 7,101

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saab Group, Micael Johansson melahirkan rasa kecewanya berikutan kegagalan syarikat Eropah itu dalam menempa sebarang jualan bagi pesawat pejuang Gripen sejak lapan tahun lepas.

Apa yang mengecewakannya, negara-negara Eropah pun enggan membeli pesawat pejuang keluaran syarikat-syarikat Eropah.

Nampaknya, “kekecewaan” syarikat Saab Group yang membangunkan pesawat pejuang Gripen itu berterusan, selepas sebuah lagi negara Eropah bertindak “menolak” pesawat pejuang buatan syarikat Eropah dan memilih pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat untuk tentera udaranya.

Gripen
Pesawat pejuang Gripen-E keluaran Saab Group daripada Sweden

 

Negara Eropah tersebut adalah Switzerland menjadi negara terbaru di benua itu memilih pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin, mengikuti jejak langkah beberapa lagi negara Eropah yang memilih pesawat pejuang yang sama untuk melengkapkan tentera udaranya.

Beberapa hari lepas, kerajaan Switzerland telah menandatangani kontrak pembelian 36 buah pesawat F-35A bernilai US$6.25 bilion (RM25 bilion) bagi menggantikan pesawat-pesawat F/A-18 Hornet dan F-5E.

Selain itu kerajaan Switzerland juga menandatangani perjanjian dengan Lockheed Martin berkenaan isu offset yang akan menyaksikan syarikat-syarikat negara Eropah itu menerima kontrak bernilai kira-kira US$3 bilion (RM15 bilion).

Lapan buah pesawat F-35A yang dibeli oleh Switzerland itu akan dipasang di kemudahan syarikat Lockheed di Texas manakala 24 buah baki pesawat itu akan dipasang di kemudahan syarikat di Cameri, Itali.

Tindakan Switzerland memilih pesawat F-35 buatan Amerika Syarikat itu dan bukan pesawat pejuang buatan syarikat Eropah sudah tentu hanya akan “menambah duka” syarikat  Saab Group.

Rafale
Pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation daripada Perancis.

 

Bayangkan tiada negara membeli pesawat pejuang Gripen selama lapan tahun.

Kali terakhir pesawat pejuang Gripen memenangi persaingan membekalkan pesawat pejuang kepada negara asing adalah pada 2014 apabila ia berjaya menambat hati Brazil yang bersetuju membeli 36 buah pesawat pejuang buatan Sweden itu bernilai US$5.4 bilion (RM21.6 bilion)

Sebagaimana dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini, Johansson berkata pesawat pejuang Gripen itu telah gagal menepati sasarannya jualannya dipasaran eksport dan menyalahkan faktor-faktor politik sebagai punca disebalik kegagalan itu.

Typhoon
Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang dibangunkan oleh konsortium beberapa syarikat pembuat pesawat Eropah.

 

Bukan sahaja pengurusan tertinggi Saab Group melahirkan kekecewaanny, tetapi perasaan kecewa mereka turut dikongsi bersama oleh pegawai-pegawai syarikat Dassault Aviation (Rafale),BAE Systems, Leonardo, Airbus (Eurofighter Typhoon) yang sejak beberapa tahun ini hanya sekadar menjadi penonton terhadap tindakan pesawat F-35 buatan Amerika Syarikat “tapau” pasaran pesawat pejuang di benua itu.

Kebanyakkan pegawai-pegawai kanan syarikat pembuat pesawat pejuang Eropah berkenaan telah melahirkan rasa kecewa mereka terhadap dominasi pesawat F-35 di benua milik mereka.

Malah pemimpin-pemimpin politik di Perancis telah menyeru rakan-rakan negara Eropah mereka supaya “beli barangan Eropah” dalam satu usaha terdesak untuk meredakan “kegilaan” negara jirannya yang berduyun-duyun membeli pesawat F-35.

F-35B
Pesawat F-35B Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL)

 

Dominasi pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat di Eropah telah memaksa syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang benua itu untuk bergantung harap kepada pasaran di luar Eropah seperti Timur Tengah dan Asia untuk “terus hidup.”

Perasaan kecewa syarikat pembuat pesawat pejuang Eropah terhadap dominasi F-35 di benua mereka sendiri, tidak dapat dibendung lagi dan mereka telah meluahkannya secara terbuka di media, sebagaimana dilakukan oleh pengurusan tertinggi syarikat Saab Group.

Belgium menjadi negara Eropah yang pertama membeli pesawat F-35 pada 2018 dengan komitmen untuk memperolehi 34 buah pesawat F-35A, diikuti oleh Poland dua tahun selepas itu dengan memperolehi 32 buah pesawat F-35A.

Pada 2021, Finland menggantikan pesawat F/A-18 Hornet dengan membeli 64 buah pesawat F-35 itu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Baru-baru ini, Jerman pula merancang untuk mendapatkan 35 buah pesawat F-35A bagi menggantikan pesawat pejuang Tornado-miliknya yang berkemampuan membawa bom-bom nuklear.

Republik Czech juga telah menyatakan komitmennya untuk mendapatkan 24 buah pesawat F-35 untuk menggantikan pesawat Gripen bakal ditamatkan khidmatnya.

Pihak syarikat Lockheed Martin menganggarkan menjelang tahun 2030, sebanyak 550 buah pesawat F-35 akan beroperasi di Eropah termasuk skuadron pesawat F-35 Amerika Syarikat yang beroperasi di Pangkalan Udara Lakenheath di England. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...