Kebergantungan Pada Enjin, Alat Ganti Russia Buat Tentera China “Pening”
Menurut pakar-pakar dalam satu seminar anjuran China Aerospace Studies Mei lepas, kira-kira 40 peratus daripada enjin-enjin yang digunakan oleh tentera China seperti helikopter, pesawat pejuang dan lain-lain diimport daripada Russia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kebergantungan tentera China terhadap enjin dan alat-alat ganti buatan Russia akan menjadi lebih meruncing sekiranya konflik di antara Moscow dan Kiev terus berlarutan untuk bulan-bulan yang mendatang.
Menurut pakar-pakar dalam satu seminar anjuran China Aerospace Studies Mei lepas, kira-kira 40 peratus daripada enjin-enjin yang digunakan oleh tentera China untuk helikopter, pesawat pejuang dan lain-lain diimport daripada Russia.
Sekiranya Russia gagal membekalkan alat ganti kepada 40 peratus daripada enjin buatannya yang digunakan oleh tentera China akibat konflik berpanjangan di Ukraine dan sekatan ekonomi yang lebih ketat pihak Barat, maka Beijing dan angkatan tenteranya bakal berhadapan dengan masalah yang besar.
Pakar-pakar itu berpendapat sekiranya konflik di Ukraine berlarutan lebih lama, maka dijangkakan syarikat-syarikat pengeluar enjin Russia akan lebih mengutamakan produksi enjin dan bekalan alat gantinya untuk memenuhi keperluan tentera Russia terlebih dahulu, sebelum memikirkan tentang pelanggan luar.
Keutamaan syarikat-syarikat pengeluar enjin tentera Russia pada ketika ini adalah untuk menyokong keperluan tentera negara itu di Ukraine dan bukan keperluan negara-negara luar.
Tindakan oleh pengeluar-pengeluar enjin Russia itu akan memberikan kesan terhadap tentera China yang masih belum mampu “membebaskan” diri mereka daripada kebergantungan mereka terhadap enjin-enjin Russia.
Walaupun industri pertahanan China telah berjaya menghasilkan enjin buatan tempatan seperti WS-10 yang digunakan oleh pesawat pejuangnya seperti J-20 “Mighty Dragon”, tetapi ia masih belum mencukupi.
Lebih tepat, enjin-enjin yang dihasilkan oleh China masih belum setanding dengan enjin yang dihasilkan oleh Russia atau negara-negara Barat.
Dan pakar-pakar pembuatan enjin Russia dan syarikat-syarikat negara Barat seperti Roll-Royce, Pratt and Whitney serta General Electric mengetahui tentang kekurangan yang dialami oleh China di dalam bidang pembuatan enjin tentera.
Walaupun ia berjaya membangunkan enjin WS-10 yang digunakan oleh pesawat termodennya,J-20 tetapi ia masih bergelut untuk membangunkan enjin WS-15 yang memiliki kemampuan “supercruise”.
Walaupun memiliki hubungan dan kerjasama ketenteraan yang rapat dengan China, tetapi Moscow tetap memelihara “rahsia-rahsia penting” ketenteraannya termasuk berkaitan dengan teknologi terkini dalam bidang pembuatan enjin pesawat.
Ia sebolehnya tidak mahu “rahsia ketenteraan” itu terlepas ke tangan Beijing.
Beijing masih belum memiliki kepakaran di dalam pembuatan enjin yang digunakan oleh pesawat-pesawat tentera.
David Markov daripada Institute for Defense Analysis berkata China masih bergantung kepada komponen enjin buatan Russia untuk masa ini dan masa depan.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Diantara tahun 1992 hingga 2019, China dianggarkan telah mengimport 4,000 enjin yang digunakan oleh helikopter dan pesawat pejuang yang digunakannya serta sistem pertahanan udara seperti S-300 dan S-400.
Tanpa enjin dan bekalan alat ganti daripada Russia, tentera China akan berhadapan dengan masalah besar. — DSA
Jom!!!! follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore