Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perolehan Syarikat Turki Bangunkan “Bayraktar TB2” Lebihi US$1 Bilion

Menurut laporan daripada Turki, semenjak diperkenalkan pada 2012 UCAV Bayraktar TB2 yang dihasilkan oleh syarikat Baykar Technology telah berjaya dieksport kepada 21 buah negara di seluruh dunia dan digunakan oleh banyak pihak di lokasi-lokasi konflik termasuk di Syria, Libya dan Nagorno-Karabakh.

0 2,154

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Baykar Technology daripada Turki yang bertanggungjawab membangunkan Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV) “Bayraktar TB2” meramalkan perolehan daripada pasaran eksportnya untuk sistem UCAV itu pada tahun ini akan melebihi US$1 bilion (RM4 Bilion).

Pencapaian itu adalah suatu peningkatan berbanding US$664 juta (RM2.65 bilion) yang diperolehinya pada tahun lepas.

Perolehan yang dicapai oleh syarikat Baykar yang turut menghasilkan UCAV “Akinci” itu telah mengatasi pencapaian oleh sebuah lagi syarikat Turki yang menghasilkan dron dan pesawat iaitu Turkish Aerospace Industries (TAI).

Syarikat Baykar muncul sebagai syarikat pertahanan Turki yang paling banyak mencatat keuntungan pada tahun ini.

Menurut laporan daripada Turki, semenjak diperkenalkan pada 2012 UCAV Bayraktar TB2 yang dihasilkan oleh syarikat Baykar Technology telah berjaya dieksport kepada 21 buah negara di seluruh dunia dan digunakan oleh banyak pihak di lokasi-lokasi konflik termasuk di Syria, Libya dan Nagorno-Karabakh.

Bayraktar TB2
Seorang pegawai tentera Ukraine bersama dron “Bayraktar TB2” buatan syarikat Baykar daripada Turkiye.

 

Pada ketika ini, syarikat Turki itu sedang membangunkan pesawat pejuang tanpa pemandunya yang dinamakan “Kizilelma”, yang bakal beroperasi daripada kapal Amphibious Assault Ship Tentera Laut Turki “TCG Anadolu.”

Kapal TCG Anadolu itu juga akan menyaksikan operasi UCAV Bayraktar TB3 yang dibangunkan khususnya untuk beroperasi daripada atas kapal.

Disebabkan prestasi baiknya di medan peperangan, UCAV Bayraktar TB2 yang dibangunkan oleh syarikat Turki, Baykar telah menerima permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia.

Kizilelma
Pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma” yang dibangunkan oleh firma pembuat dron terkenal Turki, Baykar.

Menurut ketua pegawai eksekutif Baykar, Haluk Bayraktar, disebabkan permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia untuk membeli “Bayraktar TB2 itu, senarai menunggu (waiting list) untuk membeli UCAV buatan Turki itu kini adalah selama tiga tahun.

“Permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia telah menyebabkan pelanggan perlu menunggu sehingga tiga tahun untuk Bayraktar TB2,” katanya.

Baru-baru ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilapor akan membelanjakan kira-kira US$2 bilion (RM8 bilion)  untuk memperolehi 120 buah dron “Bayraktar TB2” dan pelbagai komponen sokongan lain itu berjaya.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Perolehan itu bukan hanya 120 buah dron Bayraktar TB2 tetapi juga meliputi sistem persenjataan, pusat kawalan dan pemerintah serta latihan untuk mengendalikan dron-dron yang dibangunkan oleh syarikat Baykar Technology.

Pada ketika ini, kemudahan yang dimiliki oleh syarikat Baykar mampu untuk menghasilkan kira-kira 200 buah Bayraktar TB2 di dalam setahun.

Ia merancang untuk meningkatkan kemampuan produksinya untuk menghasilkan 500 buah Bayraktar TB2 setahun.– DSA

 

 

 

Comments
Loading...