Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Nuklear Amerika, Britain “Tonjol Kekuatan”, Mesej Kepada Russia?

Penyebaran gambar "latihan" kapal selam nuklear kelas-Ohio Tentera Laut Amerika Syarikat USS Tennessee (SSBN-734) dan kapal selam nuklear kelas-Vanguard Tenntera Laut British terbabit berkemungkinan besar bukan hanya tindakan perhubungan awam yang normal tetapi lebih dalam memberikan signal atau mesej kepada pihak-pihak tertentu tentang kemampuan kapal-kapal selam Amerika Syarikat dan sekutunya, Britain.

0 2,094

(DEEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, pihak Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengeluarkan gambar menunjukkan kapal selam berkuasa nuklear-nya sedang mengadakan latihan dengan sebuah kapal selam berkuasa nuklear milik Tentera Laut British di Lautan Atlantik.

Pemerhati ketenteraan menyifatkan pengeluar gambar terbabit sebagai jarang-jarang berlaku memandangkan operasi kapal selam sentiasa di dalam tahap kerahsiaan yang tinggi.

Gambar yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada 13 Disember itu menunjukkan kapal selam berkuasa nuklearnya, USS Tennessee beroperasi disamping kapal selam berkuasa nuklear Britain daripada kelas-Vanguard.

Gambar itu juga menunjukkan kehadiran sebuah helikopter MH-60R Seahawk dan pesawat pemantau E-6B Mercury milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang terbang di atas kedua-dua kapal selam berkuasa nuklear itu dilokasi yang tidak didedahkan.

Penyebaran gambar terbabit berkemungkinan besar bukan hanya tindakan perhubungan awam yang normal tetapi lebih dalam memberikan signal atau mesej kepada pihak-pihak tertentu tentang kemampuan kapal-kapal selam Amerika Syarikat dan sekutunya,Britain.

USS Tennessee
USS Tennessee

 

Signal itu mungkin ditujukan kepada Russia yang telah beberapa kali mengeluarkan ancaman kepada Amerika Syarikat dan sekutunya tentang “kesediaan” ia menggunakan senjata nuklear sekiranya keselamatan dan kedaulatan wilayah diancam, kesan daripada konflik di Ukraine.

Kapal selam berkuasa nuklear USS Tennessee (SSBN-734) merupakan salah satu daripada empat buah kapal selam kelas-Ohio yang dimiliki oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan telah berkhidmat dengan tentera laut negara itu sejak tahun 1988.

Dengan berat hampir mencecah 20,000 ketika berada di bawah permukaan air, kapal selam berkuasa nuklear milik Tentera Laut Amerika Syarikat itu membawa 15 orang pegawai dan 140 anggota lain-lain pangkat.

Kapal selam kelas-Ohio itu membawa membawa torpedo dan 20 buah peluru berpandu balistik Trident D5 dengan kepala peledak nuklear.

Setiap sebuah peluru berpandu balistik Trident D5 yang dibawa oleh kapal selam berkuasa nuklear kelas-Ohio seperti USS Tennessee mampu membedil sasaran sejauh di antara 7,600km sehingga 12,000km bergantung kepada jumlah kepala peledak nuklear dibawanya.

Vanguard
Kapal selam nuklear kelas-Vanguard milik Tentera Laut British

 

Manakala kapal selam berkuasa nuklear kelas-Vanguard milik Tentera Laut British itu juga memiliki sistem persenjataaan yang hampir sama dengan kapal selam kelas-Ohio Tentera Laut Amerika Syarikat.

Tentera Laut British juga memiliki empat buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Vanguard,yang telah berkhidmat dengan negara itu sejak 1993.

Kapal-kapal selam kelas-Vanguard Tentera Laut British itu merupakan sebahagian daripada program Trident yang menyaksikan kapal-kapal selam berkuasa nuklear British dan Amerika Syarikat itu dilengkapi dengan peluru berpandu balistik Trident D5.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Setiap sebuah kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu berkemampuan membawa di antara 16 hingga 20 buah peluru berpandu balistik Trident D5 serta torpedo berat “Spearfish.”

Keempat-empat kapal selam berkuasa nuklear kelas-Vanguard British yang mampu meluncur laju 25 knot (submerged) itu berpangkalan di HM Naval Base Clyde (HMS Neptune) yang terletak kira-kira 40km barat Glasgow,Scotland.– DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...