Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bandaraya Moscow “Dihujani” Serangan Puluhan Dron Dilengkapi Bahan Letupan

Menurut Kementerian Pertahanan Russia, serangan dron terbesar itu membabitkan diantara lapan hingga 32 buah dron yang disifatkan sebagai tindakan "keganasan" Kiev terhadap Moscow didakwa telah dilaksanakan oleh Ukraine, yang kini meningkatkan serangan dronnya terhadap ibu negara Russia itu dan bandar-bandar utama.

0 1,927

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ibu negara Russia, Moscow hari ini telah diserang oleh dron-dron membawa bahan letupan yang mengenai beberapa bangunan di sekitar bandaraya itu, tetapi hanya menyebabkan kerosakan kecil dan tidak menyebabkan sebarang kematian.

Moscow terletak kira-kira 1,000km daripada sempadan Russia-Ukraine.

Menurut Kementerian Pertahanan Russia, serangan dron terbesar itu membabitkan diantara lapan hingga 32 buah dron yang disifatkan sebagai tindakan “keganasan” Kiev terhadap Moscow didakwa telah dilaksanakan oleh Ukraine, yang kini meningkatkan serangan dronnya terhadap ibu negara Russia itu dan bandar-bandar utama.

Dron Moscow
Antara bangunan di Moscow yang dibedil oleh dron.

 

Pegawai-pegawai Russia mendakwa bahawa serangan oleh Ukraine itu melibatkan sehingga 32 buah buah dron, dengan di antara lapan hingga 10 buah daripada dron itu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara negara itu.

Sistem pertahanan udara Russia itu turut meliputi peluru berpandu dan juga elemen peperangan elektronik.

Pegawai keselamatan Russia menyatakan media tempatan bahawa sistem pertahanan udara “Pantsir-S” berjaya menembak jatuh lima daripada dron itu.

Dron-dron yang mengenai bangunan pula hanya menyebabkan kerosakan kecil, memaksa pihak berkuasa Russia memindahkan penduduk yang tingga di bangunan terbabit ke suatu lokasi yang lebih selamat.

Walaupun terdapat peningkatan serangan dron terhadap Moscow, tetapi Ukraine tidak pernah mengakui bahwa ia bertanggungjawab.

Dron Moscow

Namun media terkenal Amerika Syarikat,The New York Times dalam laporannya yang memetik sumber daripada pihak perisikan negara itu menyatakan bahawa kerajaan Ukraine bertanggungjawab terhadap serangan dron terhadap Kremlin awal bulan ini.

Dalam insiden yang berlaku pada 3 Mei lalu, dua buah dron dilengkapi bahan letupan telah mengenai bangunan Kremlin, yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan Russia di bandaraya Moscow.

Kerajaan Russia dalam satu kenyataan mendakwa serangan dron itu bertujuan mahu membunuh presiden negara itu,Vladimir Putin.

“Pihak Kremlin telah menilai insiden serangan dron itu dan mengkategorinya sebagal tindakan keganasan dan percubaan untuk membunuh Presiden (Vladimir Putin) beberapa hari sebelum Victory Day dan perbarisan pada 9 Mei ini,” menurut media milik kerajaan, RIA.

Dron Moscow
Serpihan dron yang menyerang Moscow

 

Serangan puluhan dron terhadap Moscow dipercayai dilakukan oleh Ukraine berlaku kira-kira 48 jam selepas ibu negaranya, Kiev diserang dengan puluhan dron-dron buatan Iran dan peluru berpandu yang dilancar oleh tentera Russia.

Pemerhati menyatakan Russia telah melancarkan kira-kira 40 buah dron “Shahed” buatan Iran terhadap Kiev itu.

Kementerian Pertahanan Ukraine mendakwa ia berjaya menembak jatuh hampir kesemua dron-dron yang dilengkapi bahan letupan dilancar oleh tentera Russia itu. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...