Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pakar Ketenteraan Russia Bimbang Moscow Bakal Jadi Sasaran Serangan Dron Ukraine

Disebabkan konflik di Ukraine, tentera Russia telah mengerahkan sistem-sistem pertahanan udaranya bagi melindungi anggota tenteranya, sekaligus menyebabkan lompang-lompang di dalam sistem pertahanan udara yang "menjaga' Moscow.

0 1,908

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pakar ketenteraan Russia kini bimbang  bahawa Moscow bakal menjadi sasaran serangan udara oleh pihak Ukraine berikutan kejayaan pihak Kiev menyerang tiga pangkalan udara berhampiran dengan ibu negara Russia itu menggunakan dron baru-baru ini.

Bercakap dalam rancangan televisyen Russia, pakar ketenteraan itu, Yuri Knutov berkata, terdapat lompang-lompang di dalam sistem pertahanan udara yang melindungi Moscow selepas kebanyakkan daripada sistem itu dikerah untuk membantu kempen ketenteraan di Ukraine.

“Apabila operasi ketenteraan khas itu bermula, ia adalah wajar untuk memberikan perlindungan kepada tentera yang berada kawasan-kawasan ketika mereka bertempur dengan dengan tentera Ukraine.”

“Seperti biasa, apabila kita menempatkan sistem pertahanan udara di sana, lompang-lompang mula wujud di dalam sistem pertahanan udara kita,” kata beliau.

Pakar ketenteraan Russia itu berkata, beliau percaya bahawa satelit-satelit Amerika dapat melihat lompang-lompang dalam sistem pertahanan udara yang wujud di Moscow.

Moscow
Bandaraya Moscow

 

Kenyataan Knutov itu menyusul selepas serangan terhadap tiga buah pangkalan udara yang berada ratusan kilometre daripada sempadan Ukraine-Russia.

Pada 5 Disember yang lalu, pangkalan-pangkalan udara Russia yang diserang oleh Ukraine itu adalah Engels-2 yang terletak di wilayah Saratov dan pangkalan udara Dyagilevo di wilayah Ryazan yang menempatkan pesawat-pesawat pengebom strategik negara itu.

Sehari selepas itu, pangkalan udara tentera Khalino turut diserang oleh pihak Ukraine.

Ketiga-tiga pangkalan udara Russia yang terletak berhampiran dengan bandaraya Moscow diserang menggunakan dron Tupolev Tu-141.

Serangan terhadap ketiga-tiga pangkalan udara Russia berhampiran Moscow merupakan kali pertama berlaku sejak konflik Russia-Ukraine tercetus pada Feb lepas.

Pesawat Pengebom
Pangkalan Udara pesawat pengebom strategik Russia di Engels-2

 

Kedua-dua pangkalan udara itu, Engels dan Dyagilevo terletak kira-kira 500km dan 460km daripada sempadan Ukraine.

Pangkalan Tentera Udara Russia Engels-2 yang terletak di wilayah Saratov itu didakwa merupakan tapak pelancaran ratusan peluru berpandu kruis Russia yang mensasarkan beberapa bandar Ukraine serta infrastruktur ketenteraan mereka.

Sejak beberapa minggu ini, Russia telah meningkatkan kehadiran pesawat-pesawat pengebom strategik mereka iaitu Tupolev  Tu-95 dan Tu-160 di Pangkalan Udara Engels-2, dipercayai sebagai persediaan untuk melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap Ukraine pada musim sejuk ini.

Kedua-dua pesawat-pesawat pengebom strategik milik Tentera Udara Russia (VKS) itu berkemampuan membawa bom dan peluru berpandu yang dilengkapi dengan kepala peledak nuklear, sekaligus meningkatkan lagi ketegangan di antara Russia dan Amerika Syarikat.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Pakar ketenteraan Russia itu mengesyaki bahawa pihak perisikan tentera Amerika Syarikat telah memberikan maklumat perisikan kepada tentera Ukraine sehingga membolehkan mereka melancarkan serangan dron terhadap ketiga-tiga pangkalan udara itu.

Pihak perisikan Amerika Syarikat telah memberikan maklumat tentang “laluan-laluan” yang perlu diambil oleh dron-dron Ukraine itu bagi mengelak jaringan sistem pertahanan udara Russia dan membedil ketiga-tiga pangkalan udara itu.

Knutov bercakap bahawa selepas teruja dengan kejayaan serangan dron terhadap tiga pangkalan udara Russia berhampiran Moscow itu, pihak Ukraine berkemungkinan memasang cita-cita untuk melaksanakan serangan terhadap ibu negara Russia itu pula. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

 

Comments
Loading...