Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dron Buatan Iran Tapi Guna Komponen Canggih Israel, Amerika

Daripada dron-dron berani mati dan peninjau Iran yang berjaya ditembak jatuh itu, pakar-pakar ketenteraan Ukraine mendapati bahawa dron berkenaan banyak menggunakan peralatan dan komponen daripada Israel dan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat serta Jepun.

0 3,808

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa bulan lepas, kempen ketenteraan Russia di Ukraine telah menyaksikan penggunaan ribuan dron berani mati dan dron peninjau buatan Iran, yang telah diakui oleh penganalisis ketenteraan Barat sebagai amat berkesan dan sukar ditangani.

Namun, terdapat juga dron-dron berani mati dan peninjau buatan Iran yang berjaya ditembak jatuh atau “dijatuhkan” secara elektronik oleh tentera Ukraine.

Daripada dron-dron berani mati dan peninjau Iran yang berjaya ditembak jatuh itu, pakar-pakar ketenteraan Ukraine mendapati bahawa dron berkenaan banyak menggunakan peralatan dan komponen daripada Israel dan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat serta Jepun.

Penemuan oleh pakar-pakar Ukraine itu amat mengejutkan kerana, sebagaimana yang kita ketahui – Iran bukan sahaja bermusuh dengan Israel dan Amerika Syarikat, tetapi negara Parsi itu juga berhadapan dengan sekatan ekonomi yang amat ketat daripada negara-negara itu.

Jadi persoalannya adalah, bagaimana industri persenjataan Iran dengan mudah memperolehi peralatan komponen canggih daripada Israel, Amerika Syarikat serta negara Barat lain dan menggunakannya pada dron-dron berani matinya.

Dron
Mohajer-6

 

Pihak-pihak Israel, Amerika Syarikat dan negara lain mula menjalankan siasatan untuk mengetahui bagaimana peralatan canggih buatan syarikat mereka boleh sampai ke tangan pembuat-pembuat senjata Iran.

Jikalau dron-dron berani mati Iran dan peninjau yang digunakan oleh Russia itu boleh melaksanakan misinya dengan berkesan di Ukraine menggunakan peralatan canggih negara-negara Barat, ia juga boleh berbuat perkara yang sama di Timur Tengah untuk mengancam sekutu-sekutu rapat Amerika Syarikat dirantau itu.

Hasil penemuan mengejutkan oleh pihak tentera Ukraine itu didapati selepas ia berjaya “menjatuhkan” dron peninjau Iran “Mohajer-6” menerusi kaedah godaman elektronik (electronic hacking).

Dron
Enjin ROTAX yang digunakan oleh dron “Mohajer-6” buatan Iran

 

Apa yang didapati mereka adalah dron peninjau buatan Iran itu menggunakan enjin ROTAX 914 yang diperbuat oleh syarikat ROTAX, yang merupakan cabang kepada syarikat Bombardier yang berpengkalan di Kanada.

Dron berani mati Iran, “Shahed” selepas ia ditembak jatuh oleh pihak tentera Ukraine juga didapati menggunakan enjin buatan ROTAX.

Apa yang menarik adalah, enjin syarikat ROTAX ini bukan sahaja digunakan oleh dron peninjau Iran tetapi ia juga digunakan oleh dron Predator buatan Amerika Syarikat yang terkenal itu dan dron Heron buatan Israel serta Bayraktar TB2 buatan Turki.

Dalam satu kenyataan, syarikat ROTAX itu berkata ia tidak pernah memberikan sebarang kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menjual produknya di Russia mahupun Iran.

Dron

Selain itu, hasil penelitian oleh pakar-pakar tentera Ukraine juga mendapati bahawa dron peninjau Iran “Mohajer-6” itu juga mendapati ia dilengkapi dengan lensa telescopic infra red resolusi tinggu yang diperbuat oleh syarikat Ophir Optronics Solutions Ltd daripada Israel.

MKS Instruments yang memiliki Ophir Optronics mengatakan ia tidak menjual produknya kepada Iran serta mematuhi arahan sekatan ekonomi terhadap negara Parsi itu.

Pihak Israel juga dilaporkan sedang menjalankan siasatannya.

Pakar-pakar ketenteraan Ukraine yang menganalisa dron-dron buatan Iran yang digunakan oleh Russia itu mendapati sekurang-kurangnya 200 komponen dron itu berasal daripada syarikat-syarikat Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara sekutunya.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Antara komponen yang dikenalpasti diperbuat oleh syarikat Microchip Technology yang berpengkalan di Arizona, Amerika Syarikat dan Infineon Technologies AG daripada Jerman.

Menurut pakar, syarikat-syarikat berteknologi tinggi itu berkemungkinan menyangka bahawa produk mereka dijual kepada pelanggan di Emiriah Arab Bersatu atau negara-negara lain, tetapi sebenarnya syarikat itu dimiliki oleh pihak-pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan tentera Iran.

Untuk mengelak ia terkesan dengan sekatan ekonomi, Iran dan tenteranya mewujudkan ribuan syarikat-syarikat palsu/proksi yang beroperasi di serata dunia bagi memastikan tenteranya memperolehi bekalan peralatan dan komponen canggih buatan negara Barat yang cukup untuk industri persenjataannya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...