Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal Apa Digunakan Oleh Negara-Negara Asia Tenggara?

Untuk artikel kali ini, admin ingin mengajak pembaca mengetahui sedikit sebanyak kereta-kereta kebal utama (main battle tank) yang lain yang digunakan oleh angkatan tentera di Asia Tenggara, terutamanya negara-negara jiran Malaysia.

0 2,889

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Apabila sebuah kereta kebal Tentera Darat, PT-91M “Pendekar” mengalami kerosakan ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ketika negara hendak menyambut Hari Kemerdekaan Ogos lepas, ramai di kalangan netizen tiba-tiba sedar akan kehadiran kereta kebal di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ramai juga dikalangan netizen yang mengeluarkan kata-kata nakal terutamanya mengenai tahap kesiapsiagaan tentera darat atau Angkatan Tentera Malaysia berikutan kejadian kecil melibatkan salah sebuah kereta kebal buatan Poland miliknya itu yang mengalami kerosakan.

Apa yang pasti kerosakan yang dialami oleh kereta kebal “Pendekar” pada Ogos lepas itu adalah tidak serius dan beberapa jam selepas kerosakan itu, aset tentera darat itu telah berjaya diperbaiki dan ia kembali ke Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.

Sudah tentu kereta-kereta kebal utama yang lain di dunia seperti  Abrams, Leopard, Armata, Challenger, Leclerc dan lain-lain juga tidak terlepas daripada mengalami “hari yang malang” sama ada ketika latihan atau tugasan-tugasan lain.

Untuk artikel kali ini, admin ingin mengajak pembaca mengetahui sedikit sebanyak kereta-kereta kebal utama (main battle tank) yang lain yang digunakan oleh angkatan tentera di Asia Tenggara, terutamanya negara-negara jiran Malaysia.

Kereta Kebal
PT-91M “Pendekar”

 

1.Singapura

Negara jiran selatan kita, Singapura menggunakan kereta kebal Leopard 2 (termasuk varian Leopard 2 A7) yang dibangunkan oleh syarikat Jerman, Krauss-Maffei Wegman dengan bilangan keseluruhan kereta kebal Leopard 2 dimilikinya mengikut data 2019 adalah sebanyak 170 unit.

170 unit kereta kebal Leopard 2 yang telah dipertingkatkan kemampuannya kepada varian Leopard 2SG dengan armour yang lebih ampuh dan sistem elektronik buatan syarikat Israel kini dimiliki oleh Angkatan Tentera Singapura.

Ia menggunakan meriam 120mm.

Singapura membeli kereta kebal ini seawal pada 2006 dan satu lagi pembelian berlaku pada 2016.

Berat kereta kebal buatan Jerman ini adalah kira-kira 65 tan, dengan empat orang krew mula digunakan oleh tentera Jerman (Barat) sejak tahun 1979.

Kereta Kebal
Leopard  2SG

 

2.Indonesia

Sebagaimana Singapura, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) juga menggunakan kereta kebal utama Leopard 2A4 yang kemudiannya dinaiktaraf ke tahap “Revolution Standard” dengan penggunaan armor berlainan serta sistem elektronik yang lain untuk tujuan urban combat dan bagi menyesuaikan dengan keadaan cuaca negara itu.

Kini ia dikenali dengan varian Leopard 2 A4RI (Republik Indonesia), TNI-AD dilaporkan memiliki sebanyak kira-kira 100 buah kereta kebal utama itu dan mula menerima kereta kebal-kereta kebal itu pada tahun 2016 selepas menandatangani kontrak pembelian bernilai US$290 juta pada akhir 2012.

Pakej pembelian 100 buah kereta kebal Leopard 2 yang dilengkapi dengan meriam 120mm itu turut meliputi perolehan 42 buah kereta perisai Marder.

Kereta Kebal
Leopard 2RI

 

3.Thailand

Negara jiran di utara Semenanjung Malaysia iaitu Thailand pula menggunakan beberapa jenis kereta kebal utama daripada VT-4 daripada China, T-84 Oplot daripada Ukraine dan M60 daripada Amerika Syarikat.

Perolehan terbaru yang dilakukan oleh Tentera Darat Thailand sejumlah 49 buah kereta kebal utama VT-4 (juga dikenali dengan nama MBT-3000) yang dibangunkan oleh syarikat NORINCO daripada China untuk pasaran eksport.

Dengan berat mencecah 52 tan, kereta kebal utama VT-4 yang mula diterima oleh Thailand pada 2018-2018 itu juga dilengkapi dengan meriam 125mm, enjin 1300 kuasa kuda dan armor Explosive Reactive Armour (ERA).

Kereta Kebal
Kereta kebal VT-4 Thailand

 

Selain, kereta kebal utama VT-4, Tentera Darat Thailand memperolehi 49 buah kereta kebal buatan Ukraine, T-84 Oplot pada 2011 yang sebenarnya adalah berdasarkan kepada rekabentuk kereta kebal utama T-80 buatan Russia.

Bagaimanapun penghantaran kereta kebal ini berhadapan dengan masalah, menyebabkan Thailand berpaling kepada China untuk memesan kereta kebal VT-4.

Bagaimanapun pada 2018, pihak Ukraine menyatakan ia telah berjaya menyelesaikan penghantaran kesemua kereta kebal T-84 Oplot kepada Tentera Darat Thailand.

Kereta Kebal
T-84 Oplot Thailand

 

Untuk negara-negara lain di Asia Tenggara, Tentera Vietnam juga menggunakan pelbagai jenis kereta kebal utama buatan Russia, tetapi kereta kebal paling moden digunakannya adalah T-90 yang diperolehinya pada 2016 daripada  firma Uralvagonzavod, Russia.

Bolehlah dikatakan bahawa kereta kebal T-90 adalah antara paling moden di Asia Tenggara.

Vietnam memesan sejumlah 64 buah kereta kebal utama T-90 di dalam dua varian iaitu T-90S dan T-90SK yang dilengkapi dengan armor reaktif Kontakt-5 dan sistem pertahanan aktif Shtora-1 untuk pertahanan daripada peluru berpandu anti-kereta kebal.

Kereta Kebal
T-90 milik Vietnam

 

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Kereta kebal T-90 itu merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan 1,300 kereta kebal yang dimiliki oleh Tentera Darat Vietnam.

Bagi Tentera Darat Myanmar pula, kereta kebal utama termoden dimilikinnya adalah MBT-2000 (Type 90) yang dibangunkan oleh firma NORINCO daripada China serta kira-kira 130 buah unit kereta kebal T-72 buatan Russia. — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

.

Comments
Loading...