Doktrin Maritim Russia Mahu Bina Lebih Banyak Kapal Pengangkut Pesawat, Tetapi…
Pada ketika ini, Russia walaupun diakui sebagai kuasa tentera dunia tetapi ia hanya memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat yang aktif iaitu, Admiral Kuznetsov, walau ia sering rosak dan lebih banyak menghabiskan masa diperbaiki daripada belayar di lautan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Doktrin Maritim Russia yang dilancarkan pada 31 Julai lepas mahukan tentera laut negara itu membina lebih banyak kapal pengangkut pesawat (aircraft carriers) dan kapal perang permukaan yang besar untuk mencabar Amerika Syarikat dan sekutunya di setiap pelusuk perairan dunia.
Pada ketika ini, Russia walaupun diakui sebagai kuasa tentera dunia tetapi ia hanya memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat yang aktif iaitu, Admiral Kuznetsov, walau ia sering rosak dan lebih banyak menghabiskan masa diperbaiki daripada belayar di lautan.
Pada ketika ini, kapal pengangkut pesawat tunggal Russia itu masih berada di limbungan kapal di Murmansk untuk diperbaiki.

Amerika Syarikat memiliki 11 buah kapal pengangkut pesawat dan sembilan buah Landing Helicopter Dock (LHD) atau dipanggil “Amphibious Assault Ship”.
Untuk mencapai objektif doktrin maritim yang mahu melihat negara itu menambah pegangan kapal pengangkut pesawat dan kapal perang yang besar, Russia perlu memiliki kompleks-kompleks limbungan pembinaan kapal yang moden.
Limbungan pembinaan kapal yang moden itu perlu untuk memastikan keselamatan Russia itu sendiri serta kelestarian pembangunan sosio-ekonomi.
Usaha Russia untuk menambah pegangan kapal-kapal pengangkut pesawat itu bagaimanapun, dipandang sinis oleh pakar-pakar tentera laut yang mengatakan negara itu tidak limbungan kapal yang mempunyai kemampuan untuk membina kapal-kapal pengangkut pesawat dengan cepat.
Ini kerana semasa zaman Kesatuan Soviet, limbungan-limbungan kapal yang bertanggungjawab membina kapal-kapal pengangkut pesawat terletak di Ukraine (yang merupakan sebahagian daripada Soviet Union tetapi kini adalah sebuah negara yang merdeka).

“Limbungan kapal terbesar yang bertanggungjawab membina kapal-kapal pengangkut pesawat ketika di zaman Kesatuan Soviet terletak di Nikolaev, Ukraine,” menurut seorang penganalisis daripada Centre for Naval Analyses Dmitry Gorenburg memberitahu portal pertahanan, Breaking Defense.
Jikalau tentera Russia gagal merampas Pelabuhan Nikolaev di Odessa, Ukraine dalam konflik Russia-Ukraine pada ketika ini, maka Moscow menurut beliau perlu membina sebuah limbungan kapal baru yang besar di suatu tempat lain.
Comments are closed.