Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Bakal Terima Dua Bot Serang Laju “Shaldag Mk V” Dari Israel

Kedua-dua buah bot serang Shaldag Mk V itu adalah daripada kelas-Nestor Acero “Shaldag Mk V” itu dan diber dinamakan BRP Nestor Acero dan BRP Lolinato To-ong.

0 1,634

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Israel Shipyards yang berpengkalan di Haifa, Israel telah melancarkan dua daripada sembilan buah bot serang laju jenis “Shaldag Mk V” yang dibuat untuk kegunaan Tentera Laut Filipina.

Pelancaran dua buah bot serang laju itu telah dilakukan pada akhir Jun lepas dan kini pihak syarikat pembinaan kapal itu sedang membuat persiapan terakhir untuk menghantar kedua-dua bot serang laju itu kepada Tentera Laut Filipina.

Kedua-dua bot serang laju itu dijangka tiba di Filipina pada September ini.

Shaldag

Kedua-dua buah bot serang Shaldag Mk V itu adalah daripada kelas-Nestor Acero “Shaldag Mk V” itu dan diber dinamakan BRP Nestor Acero dan BRP Lolinato To-ong.

Kerajaan Filipina telah menandatangani perjanjian pembelian sembilan buah bot serang laju Shaldag Mk V pada tahun lepas menerusi perjanjian kerajaan dengan kerajaan.

Sekurang-kurangnya empat buah bot serang laju Shaldag Mk V itu akan diperbuat di Filipina sebagai memenuhi keperluan perjanjian pemindahan teknologi di antara kedua-dua negara, manakala lima lagi buah bot serang laju itu diperbuat di Israel.

Kesemua sembilan buah bot serang laju yang diperolehi oleh Tentera Laut Filipina daripada Israel itu akan dilengkapi dengan persenjataan “Typhoon” Remote Control Weapon Station (RCWS) yang dibangunkan oleh firma pertahanan negara itu, Rafael Advanced Defense Systems Ltd.

Empat daripada bot serang laju itu juga akan dilengkapi dengan sistem pelancar Typhoon MLS-NLOS yang boleh melancarkan peluru berpandu darat-ke-darat Spike NLOS ke arah sasaran musuh sejauh lebih daripada 20km.

Shaldag

Bot-bot serang laju itu juga akan dilengkapi dengan mesingan 12.7mm dan 7.62mm.

Menurut syarikat itu lagi, bot-bot serang laju Shaldag Mk V itu telah terbukti di dalam konflik, dibina menggunakan aluminium keseluruhannya, ringan dan berkemampuan menangani ancaman di kawasan operasinya.

Bot-bot serang laju itu direkabentuk untuk beroperasi pada misi-misi keselamatan tentera laut serta di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan kaawasan pesisiran pantai.

Shaldag

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dengan berat yang mencapai 95 tan, bot serang laju Shaldag Mk V itu boleh mencapai kelajuan sebanyak 40 knot serta beroperasi di dalam lingkungan radius 1000 batu nautika.

Selain Tentera Laut Israel dan Filipina, Tentera Laut Senegal turut menggunakan bot serang laju Shaldag Mk V ini.— DSA 

 

Jom folow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

 

 

 

Comments
Loading...