Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pulau Daat Di Labuan Bakal Dilelong Dengan Harga Rizab RM121 Juta

Pulau Daat yang memiliki tempoh sewaan (lease) selama 999 tahun sehingga tahun 2853 itu pernah cuba dilelong pada Jun tahun lepas pada harga rizab RM135 juta. Geran bagi pulau mulanya diberikan kepada John Gavaron Treacher dan Clarence Cooper pada tahun 1856 oleh Gabenor Labuan George Warren Edwardes (1856-1861) bagi pihak Ratu Victoria.

0 4,459

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pulau Daat, berkeluasan 237.55 hektar dan terletak di antara Menumbok dan Labuan akan dilelong pada minggu ini selepas pemilik pulau itu, Potensi Bernas Sdn Bhd menamatkan perniagaan mereka.

Pulau itu akan dilelong kepada orang awam pada pada 11 pagi, 27 Mei di Tingkat 1 Bornion Centre, Off Jalan Kolam di Luyang.

Buat masa ini harga rizab bagi pulau itu adalah RM121.5 juta atau RM4.80 satu kaki persegi.

Pulau Daat

Pulau Daat yang memiliki tempoh sewaan (lease) selama 999 tahun sehingga tahun 2853 itu pernah cuba dilelong pada Jun tahun lepas pada harga rizab RM135 juta.

Geran bagi pulau itu pada mula diberikan kepada John Gavaron Treacher dan Clarence Cooper pada tahun 1856 oleh Gabenor Labuan George Warren Edwardes (1856-1861) bagi pihak Ratu Victoria.

Pada tahun 2011, pelan pembangunan bersepadu meliputi kompleks penyimpanan gas, fabrikasi, pemprosesan minyak, perumahan, komersial dan hotel bernilai RM3 bilion di Pulau Daat telah diluluskan.

Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi agensinya, Perbadanan Labuan mahu menjadikan pulau itu sebagai hab minyak dan gas untuk meningkatkan ekonominya.

Projek pembangunan di Pulau Daat itu merupakan kerjasama di antara syarikat RG Gas yang berpengkalan di Sabah dan syarikat China, Zhuhai Winbase International Chemical Tank Terminal Co Ltd, yang bakal mewujudkan kira-kira 3,000 pekerjaan.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

syarikat China, Zhuhai Winbase International Chemical Tank Terminal Co Ltd, yang bakal mewujudkan kira-kira 3,000 pekerjaan.

Bagaimanapun pelan pembangunan tidak dapat direalisasikan kerana Pulau Daat itu dikatakan dikelilingi oleh lautan yang cetek, menyebabkan ia tidak sesuai untuk dijadikan hab minyak dan gas.

Pada tahun 2019, dilaporkan sebuah dana kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) negara jiran telah mencadangkan pembangunan bernilai RM12 bilion di Pulau Daat.

Pada ketika itu pegawai kanan Perbadanan Labuan memberitahu New Straits Times menyatakan bahawa pelan pembangunan itu meliputi pembinaan pelabuhan pelbagai guna dan jambatan menghubungkan Sabah dan Labuan.

Kedua-dua projek pembinaan infrastruktur itu dijangka menelan belanja di antara RM4 bilion hingga RM5 bilion.

Pulau Daat juga akan dibangunkan sebagai tarikan pelancongan.

Pegawai kanan Perbadanan Labuan itu mengatakan pelaburan bernilai RM12 bilion adalah pelaburan jangka panjang dan melibatkan Dana Kekayaan Berdaulat yang merupakan pelabur serius.

Tiada perkembangan lanjut mengenai pelaburan itu selepas pengumuman itu. — DSA

 

Comments
Loading...