Di Mana Presiden Xi Jinping? Spekulasi “Rampasan Kuasa” Di China
Spekulasi dan khabar-khabar angin tentang "nasib" Presiden China Xi Jinping berlaku ketika Parti Komunis China bakal menganjurkan kongresnya kebangsaannya pada pertengahan bulan depan yang akan mengesahkan penggal ketiga pemerintahan Presiden China yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam beberapa hari ini, media-media sosial terutamanya Twitter “kecoh” dengan spekulasi dan dakwaan tanpa sebarang bukti bahawa Presiden China Xi Jinping telah digulingkan ketika beliau berada di Samarkhand, Uzbekistan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Shanghai Cooperation Organisation (SCO) pada 15 dan Sept lepas.
Pada ketika ini, tiada media utama dunia melaporkan tentang spekulasi berkenaan masa depan Xi itu, dengan Kementerian Luar China turut “senyap” tanpa memberikan sebarang komen tentang spekulasi itu.
Apa yang admin dapati adalah media-media India adalah pihak yang paling aktif melaporkan tentang spekulasi “penggulingan” Presiden China, manakala media China pula hanya mendiamkan diri.
Laman-laman web di negara Komunis itu mendakwa spekulasi media sosial itu adalah tidak berasas dan ia hanyalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Presiden China itu.
Dakwaan juga mengatakan bahawa Presiden Xi telah digulingkan oleh pemimpin-pemimpin kanan PLA dan juga juga tidak lagi memegang jawatan tertinggi di dalam Angkatan Tentera China (PLA).
Bagaimanapun terdapat juga laporan yang menjelaskan bahawa “kehilangan” Presiden Xi itu adalah kerana beliau terpaksa menjalani kuarantin wajib selepas pulang daripada Uzbekistan sebagai sebahagian daripada peraturan COVID-19 China.
China mengamalkan peraturan “Zero COVID Policy” yang amat ketat.
Mereka meramalkan bahawa Presiden Xi akan membuat kemunculan dikhalayak ramai di dalam beberapa hari akan datang ini selepas beliau menamatkan proses kuarantin wajib COVID-19 sekembalinya daripada Uzbekistan.
Spekulasi dan khabar-khabar angin tentang nasib Xi Jinping itu berlaku ketika Parti Komunis China bakal menganjurkan kongresnya kebangsaannya pada pertengahan bulan depan yang akan mengesahkan penggal ketiga Presiden China yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Satu penggal mengambil masa selama lima tahun dan Xi merupakan pemimpin China pertama yang menjawat jawatan itu selama tiga penggal.
Comments are closed.