Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Lancar Kapal Peronda 10, 000 Tan Untuk Kawal Laut China Selatan

Kapal peronda maritim dibawah kawalan Maritime Safety Administration (MSA),  itu di Guandong, selatan negara itu itu akan membantu kawalan undang-undang dan rondaan pihak berkuasa China di Laut China Selatan.

0 2,030

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Sabtu lepas, pihak berkuasa China telah melancarkan kapal peronda maritimnya dinamakan “Haixun 09”, yang bukan sahaja seberat lebih 10,700 tan tetapi juga adalah yang paling canggih dan paling besar di dalam armada awamnya. (civilian controlled)

Kapal peronda maritim dibawah kawalan Maritime Safety Administration (MSA),  itu di Guandong, selatan negara itu itu akan membantu kawalan undang-undang dan rondaan pihak berkuasa China di Laut China Selatan.

Dalam ertikata lain, kapal terbesar di dalam armada MSA China itu akan mengukuhkan lagi kawalan dan “cengkaman” Beijing terhadap Laut China Selatan, yang 90 peratus daripada saiz keluasannya di dakwa sebagai milik China.

Akhbar milik Parti Komunis China, “Global Times” mengatakan kapal peronda “Haixun 09” akan memelihara kedaulatan dan kepentingan maritim China.

Kapal 10,700 tan itu dibina oleh  China State Shipbuilding Corporation Limited.

Kapal Peronda
Kapal peronda “Haixun 09” milik Maritim Safety Administration (MSA) China.

 

Menurut penganalisis daripada Universiti Teknologi Nanyang, Collin Koh, kapal-kapal milik MSA telah dikerah ke Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang didakwa oleh negara itu sebagai miliknya, tetapi diakui oleh masyarakat antarabangsa.

“Secara keseluruhannya, kapal ini (Haixun 09) akan membantu China mengukuhkan kawalannya terhadap sesuatu kawasan perairan itu, termasuk menguatkuasakan navigasi bagi kapal-kapal asing,” kata penganalisis itu.

Pada akhir Ogos lepas, pihak berkuasa China telah memperkenalkan undang-undang baru dimana ia menghendaki mana-mana kapal asing yang memasuki Laut China Selatan termasuk kawasan perairan didakwa sebagai miliknya untuk berdaftar dengan pihaknya.

Undang-undang baru China itu secara tidak langsung menyatakan ia adalah “tuan tanah” di kawasan yang dipertikaikan itu.

kapal peronda
Kapal peronda “Haixun 09” milik Maritim Safety Administration (MSA) China.

 

Dengan 10,700 berat, kapal peronda “Haixun 09” itu menyerupai sebuah kapal destroyer atau cruiser tentera laut.

Kapal “Haixun 09” itu berkemampuan belayar sejauh 18,000km tanpa perlu mengisi minyak atau ulang bekal.

Selain itu kapal peronda “gergasi”  itu sepanjang 165 meter dan boleh belayar selaju 25 knot sejam.

“Kapal peronda terbesar MSA itu boleh dikerahkan ke Kepulauan Paracel dan Spratly dalam pelayaran simbolik, melintasi negara-negara serantau dan menunjukkan kepada mereka tentang kekuatan dan kemampuan maritim China,” menurut seorang bekas pegawai kanan tentera China, Yue Gang kepada akhbar South China Morning Post.

 

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...