Meriam “Caesar” 155mm/52cal Dapat Pelanggan Baru…
Sistem artileri bergerak "Caesar" terus menjadi pilihan angkatan negara dengan Colombia menjadi negara terbaru yang memilih sistem itu untuk melengkapkan tentera daratnya .
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara Amerika Selatan, Colombia menjadi negara terbaru yang memilih meriam beroda bergerak (wheeled self propelled howitzer) “Caesar” 155mm dalam usaha untuk memodenkan unit artileri tentera darat mereka.
Rundingan untuk penghantaran empat unit sistem meriam terbabit yang dipercayai bernilai US$35 (RM140 juta) sedang berjalan pada ketika ini.
Colombia telah menjalankan ujian terhadap sistem meriam bergerak “Caesar” pada tahun 2011 tetapi hanya pada tahun ini, rundingan pembeliannya berjaya dengan empat unit akan dihantar terlebih dahulu dan diikuti dengan selebihnya.
Pembelian sistem meriam “Caesar” itu tertangguh sejak 2011 berikutan masalah kewangan dan politik yang dialami oleh negara terbabit itu.
Bagaimanapun rundingan mengenai pembelian sistem meriam bergerak itu disambung semula pada 2019.
Sistem meriam 155mm/52cal itu yang dibangunkan oleh firma Nexter Systems (dahulu Giat) daripada Perancis mampu menembak pelbagai jenis peluru termasuk LU, Bonus, EFRB NB dan Katana ke jarak di antara 4.5km sehingga 40kmm.
Sistem ini diintergrasikan dengan sistem C4I Atlas yang dibangunkan oleh syarikat Thales Land and Joint System manakala bagi navigasi pula,ia menggunakan sistem navigasi dan global positioning system (GPS) Sagem Sigma 30.
Pembelian sistem meriam bergerak itu merupakan sebahagian daripada usaha negara Amerika Selatan untuk meningkatkan kemampuan konvensional angkatan tenteranya selepas lama bergelut dengan masalah insurgensi dan pengedaran dadah yang kronik.
Colombia merupakan antara negara yang memiliki masalah pengedaran yang teruk.
Sistem meriam bergerak “Caesar” banyak digunakan oleh negara seluruh dunia termasuk beberapa negara dirantau Asia Tenggara ini seperti Thailand dan Indonesia.
Comments are closed.