Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Buat Pertama Kali, Dua Buah Pesawat Pejuang F-35A Amerika Mendarat Di Brunei

Beberapa hari lalu, dua buah pesawat pejuang generasi kelima F-35A milik Tentera Udara Amerika Syarikat telah mendarat di Brunei Darussalam buat pertama kali, suatu detik bersejarah bagi hubungan pertahanan di antara kedua-dua negara.

9,227

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, dua buah pesawat pejuang generasi kelima F-35A milik Tentera Udara Amerika Syarikat telah mendarat di Brunei Darussalam buat pertama kali, suatu detik bersejarah bagi hubungan pertahanan di antara kedua-dua negara.

Kedua-dua buah pesawat pejuang itu adalah daripada 356th Expeditionary Fighter Squadron, Pangkalan Udara Eielson di  Alaska yang melakukan pendaratan di Pangkalan Udara Rimba pada 1 Mac yang lalu.

Menurut kenyataan daripada kedutaan Amerika Syarikat di Bandar Seri Begawan kedua-dua pesawat itu melaksanakan melakukan lawatan pengenalan untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan Tentera Udara Brunei.

Panglima Tentera Udara Brunei Brig Jen Datuk Seri Pahlawan Mohd Shariff Haji Ibrahim melawat krew pesawat pejuang dan pasukan penyelenggarannya serta meninjau dengan lebih dekat pesawat canggih itu.

Kunjungan kedua-dua pesawat pejuang F-35 itu adalah bersamaan dengan kedatangan Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Jedidiah P.Royal dan juga Penolong kepada Komander Pacific Air Forces Mej Jen Mark Webber ke Brunei pada tarikh tersebut. 

F-35
(PACAF)

 

Kunjungan kedua-dua pegawai kanan Amerika Syarikat itu bertujuan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya daripada Brunei sempena ulangtahun ke-40 di antara kedua-dua negara.

Apa yang memungkinkan menarik bagi Amerika Syarikat untuk mengukuhkan lagi hubungan pertahannya dengan Brunei adalah lokasi negara kecil yang terletak sangat hampir dengan Laut China Selatan.

Sebagaimana Sabah dan Sarawak, Brunei Darussalam terletak berhadapan dengan Laut China Selatan yang dituntut sebahagian atau keseluruhan oleh China yang mendakwa perairan yang penting untuk perdagangan dunia itu adalah miliknya.

Selain itu perairan maritim Brunei diperakui memiliki kekayaan sumber minyak dan gas.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) juga kerap dicerobohi oleh kapal-kapal pengawal pantai China yang kerap melakukan rondaan di kawasan perairan terbabit.

F-35
(PACAF)

 

Adakah kunjungan dua buah pesawat pejuang generasi kelima F-35 Amerika Syarikat menandakan bahawa Brunei mungkin berminat untuk memperolehi pesawat pejuang canggih itu, bagi mengikuti jejak langkah Singapura.

Bermula pada tahun 2026 hingga 2030, Singapura akan mula menerima pesawat-pesawat pejuang F-35 milik yang pertama daripada 20 buah yang telah pun dipesannya.

Bagi Brunei, duit tidak menjadi masalah sekiranya mereka mahu membeli pesawat pejuang F-35. — DSA

Comments
Loading...