Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bimbang Ancaman Tsunami, Jepun Pindah Puluhan Pesawat F-15J Ke Kawasan Lebih Tinggi

Tentera Udara Jepun (Japan Air Self-Defense Force) terpaksa memindahkan puluhan pesawat pejuang F-15 miliknya di pangkalan udara di Naha, Okinawa ke kawasan lebih tinggi kerana bimbang akibat ancaman Tsunami sejurus selepas kejadian gempa bumi di Taiwan beberapa hari lalu.

1,126

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Jepun (Japan Air Self-Defense Force) terpaksa memindahkan puluhan pesawat pejuang F-15 miliknya di pangkalan udara di Naha, Okinawa ke kawasan lebih tinggi kerana bimbang akibat ancaman Tsunami sejurus selepas kejadian gempa bumi di Taiwan beberapa hari lalu.

Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh akaun media sosial pangkalan udara itu menunjukkan uluhan pesawat pejuang F-15 itu dipindahkan ke jalan-jalanraya di yang lebih tinggi tidak jauh daripada pangkalan udara itu.

Operasi memindahkan pesawat pejuang F-15 di Pangkalan Udara Naha di Okinawa ke kawasan yang lebih tinggi itu berlaku tidak lama selepas gempa bumi melanda Taiwan pada 3 April yang lalu.

“Sebagai respons terhadap amaran Tsunami pada 3 April lalu, Pangkalan Udara Naha telah bergegas untuk memastikan keadaan kemusnahan di kawasan Sakishima dan pada masa yang sama memindahkan pesawat-pesawat pejuang F-15 dan kelengkapannya ke kawasan yang lebih tinggi untuk melindunginya, “menurut kenyataan pangkalan udara itu.

Pesawat-pesawat pejuang itu dan kelengkapannya dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi di dalam pangkalan udara itu.  

Jepun

Tindakan memindahkan kelengkapan tentera berikutan kebimbangan terhadap ancaman bencana Tsunami itu bukanlan asing bagi tentera Jepun kerana mereka telah melakukan perkara yang sama pada 2011 apabila Tsunami melanda Jepun.

Pada tahun 2011 itu, banyak kelengkapan tentera Jepun termasuk pesawat-pesawat pejuang Mitsubishi F-2 mengalami rosak teruk dan ada yang terpaksa dilupuskan akibat Tsunami yang melanda negara itu.

Banyak juga antara pesawat-pesawat pejuang yang terjejas mengambil masa bertahun untuk diperbaiki sebelum diterbangkan semula.

Pangkalan udara Naha di Okinawa itu adalah “rumah” kepada dua buah skuadron pesawat-pesawat pejuang F-15J, pesawat latihan T-4 dan pesawat amaran awal E-2C milik Tentera Udara Jepun.

Selain pesawat, pangkalan udara Naha itu turut menempatkan helikopter.

Pada 3 April lalu, gempa bumi 7.2 pada skala Richter yang melanda di kawasan pesisir Hualien di Taiwan mengorbankan sembilan orang dan mencederakan 900 orang.

Jepun

Amaran Tsunami turut dikeluarkan selepas bencana gempa bumi itu.

Beberapa hari lalu, media di Taiwan melaporkan menyatakan sekurang-kurangnya enam buah pesawat pejuang F-16 Block 72 itu mengalami kerosakan apabila pangkalan tenteranya di Hualien turut dilanda gempa bumi.

Pangkalan udara Hualien terletak di timur pulau itu antara pangkalan udara terpenting di negara itu, dengan ia menjadi lokasi di mana pesawat-pesawat tentera udara Taiwan terutamanya F-16 dikerah (scramble) untuk memintas pesawat pesawat pejuang China yang menceroboh zon ADIZ Taiwan.

Keenam-enam pesawat F-16 Block 72 dan sebuah pesawat pejuang F-5 itu mengalami kerosakan akibat pelanggaran sesama sendiri apabila gempa bumi menggoncang pangkalan utama Tentera Udara Taiwan.

Jepun

Namun, pihak berkuasa Taiwan menyatakan bahawa kerosakan dialami oleh pesawat-pesawat pejuang itu adalah tidak kritikal dan ianya boleh diperbaiki bagi membolehkan ia terus beroperasi dalam waktu terdekat.

Namun media-media Taiwan melaporkan pangkalan udara itu mengalami kerosakan, dengan dinding di bangunan retak sehingga menyebabkan kubu-kubunya dan hangar tidak selamat untuk digunakan. — DSA

Iklan

Comments are closed.