Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F-22 “Raptor” Guna Peluru Berpandu RM1.7 Juta Tembak Jatuh Belon RM48?

Terdapat laporan berita di Amerika Syarikat kini mengatakan objek yang ditembak jatuh oleh pesawat pejuang F-22 milik tentera udara negara itu di ruang udara Alaska berkemungkinan hanya belon berharga US$12 (RM48) yang digunakan oleh peminatnya sebagai hobi.

0 2,961

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 11 Feb lalu, pesawat pejuang F-22 “Raptor” Tentera Udara Amerika Syarikat telah dikerah sekali lagi untuk menembak jatuh satu lagi objek altitud tinggi “misteri” di ruang udara Alaska pula.

Pesawat pejuang generasi kelima itu melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X berharga US$439,000 (RM1.76 juta) untuk menembak jatuh objek tidak dikenali bersaiz sebuah kereta kecil yang berada pada ketinggian 40,000 kali.

Bagaimanapun terdapat laporan berita kini yang mengatakan objek yang ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Amerika di ruang udara Alaska itu berkemungkinan adalah belon berharga US$12 (RM48).

Belon tersebut digunakan oleh peminat sebagai hobi.

Satu kumpulan peminat belon dipanggil “Northern Illinois Balloon Brigade” dilaporkan oleh akhbar The Guardian sebagai mengatakan bahawa satu daripada belon pico miliknya telah “hilang” di Alaska pada 11 Feb lalu pada masa yang sama “objek” beraltitud tinggi ditembak jatuh oleh pesawat pejuang F-22 tersebut.

Belon
Detik-detik belon pengintip milik China ditembak jatuh di luar pantai North Carolina pada 5 Feb lepas.

 

Belon pico dilengkapkan dengan pengesan yang digunakan untuk mengukur suhu, kelembapan, tekanan atau kadar kelajuan angina.

Walaupun kumpulan peminat belon itu tidak mengaitkan kehilangan belonnya itu dengan insiden penembakan jatuh “objek” beraltitud tinggi di ruang udara Alaska, tetapi trajektori belon untuk memungkinkan kedua-dua kejadian itu adalah berkaitan.

Laman web kumpulan itu mengatakan bahawa belonnya itu “K9YO” dilaporkan kali terakhir terbang di ketinggian 11,560 meter berhampiran Hagemeister Island di Alaska.

Namun, memandangkan “tiada bahagian objek yang ditembak jatuh itu telah ditemui” , kumpulan itu tidak mampu mengesahkan sama ada objek yang ditembak jatuh itu adalah belon miliknya.

Objek altitud tinggi yang ditembak jatuh itu di ruang udara Alaska adalah insiden kedua selepas pesawat pejuang F-22 Amerika Syarikat menembak jatuh belon pengintip milik China di ruang udara pantai Carolina Utara pada 5 Feb lepas.

AIM-9X
Peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X yang bernilai RM1.7 juta.

 

Belon pengintip China itu ditembak jatuh oleh pesawat pejuang F-22 yang  berpengkalan di Pangkalan Udara Langley menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X pada ketinggian 56,000 kaki.

Presiden Jo Biden dilapor mahukan belon pengintip itu ditembak jatuh lebih awal tetapi tindakan itu tidak dapat dilakukan kerana bimbang serpihan belon yang saiznya menyamai tiga buah bas akan mengancam kawasan penduduk.

Kehadiran belon “pengintip” itu telah meningkatkan ketegangan di antara Washington dan Beijing sehingga menyebabkan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken ke China pada bulan ini dibatalkan.

Kementerian Luar China membidas tindakan Amerika Syarikat itu dan mengatakan bahawa ia akan menegakkan hak dan kepentingan syarikat pemilik belon itu untuk bertindak balas terhadap apa yang dilakukan oleh Washington.

Ia juga mengatakan bahawa tindakan menembak jatuh belon itu adalah keterlaluan dan melanggar norma antarabangsa. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...