Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Didakwa Laksana Misi Sabotaj Letupkan Paip Gas Nord Stream

“Pada bulan Jun tahun epas, juruselam tentera laut Amerika Syarikat beroperasi di dibawah latihan musim panas NATO dipanggil BALTOPS 22, telah memasang bahan letupan C4 pada paip gas Nord Stream dan meletupkannya tiga bulan selepas itu, memusnahkan tiga daripada empat paip gas yang menyalurkan gas asli Russia kepada Eropah,” kata wartawan terkenal Amerika Syarikat, Seymour Hersh.

0 5,524

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat didakwa bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan misi sabotaj meletupkan paip gas Nord Stream pada 26 September tahun lepas, kata wartawan terkenal Seymour Hersh yang berpengalaman membuat beberapa pendedahan kontroversial sebelum ini.

Menurut Hersh, beliau telah dimaklumkan oleh sumber-sumber yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang pembabitan Amerika Syarikat dalam misi sabotaj paip gas Nord Stream itu.

“Pada bulan Jun lepas, juruselam tentera laut Amerika Syarikat yang beroperasi di dibawah latihan musim panas NATO dipanggil BALTOPS 22, telah meletakkan bahan letupan di paip gas Nord Stream dan meletupkannya tiga bulan selepas itu, memusnahkan tiga daripada empat paip gas yang menyalurkan gas Russia kepada Eropah,” kata beliau.

Beliau berkata, keputusan untuk melaksanakan misi sabotaj telah diambil oleh Presiden Amerika Syarikat Jo Biden.

Keputusan itu adalah hasil perbincangan rahsia di antara beberapa pegawai-pegawai kanan keselamatan pentadbiran Jo Biden selama sembilan bulan.

Nord Stream
Letupan paip gas Nord Stream

 

Sumber-sumber dalaman memberitahu Hersh bahawa perbincangan antara pegawai-pegawai kanan keselamatan itu bukan berkisar kepada persoalan sama ada mahu melaksanakan sabotaj itu, tetapi lebih kepada bagaimana mahu melakukannya tindakan sabotaj tanpa ditangkap.

Beliau berkata Biden dan pasukan dasar luarnya termasuk Penasihat Keselamatan Kebangsaan Jake Sullivan, Setiausaha Negara Tony Blinken dan beberapa pegawai kanan lain membantah kewujudan paip gas Nord Stream.

Mereka melihat paip gas Nord Stream yang membekalkan gas-gas asli Russia pada harga yang murah kepada Eropah, sekaligus meningkatkan pengaruh Moscow di Eropah.

Menurut Hersh lagi, satu mesyuarat telah diadakan pada Disember 2021 sebelum pencerobohan Russia di Ukraine membabitkan pentadbiran Jo Biden, CIA, Jabatan Negara dan Perbendaharaan Amerika Syarikat di mana mereka membincangkan respons terhadap tindakan Moscow itu.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Sullivan menjelaskan bahawa beliau mahukan kumpulan mengemukakan pelan untuk musnahkan dua paip gas Nord Stream dan arahan itu datang daripada Jo Biden sendiri.  

Nord Stream

Latihan tentera BALTOPS 22 digunakan sebagai samaran bagi membolehkan juruselam tentera Amerika Syarikat untuk memasang bahan letupan C4 di paip gas asli Nord Stream, sebelum diletupkan beberapa bulan selepas itu menggunakan signal sonar.

Juruselam Amerika Syarikat terbabit dihantar ke paip gas Nord Stream itu menggunakan kapal pemburu periuk api kelas-Alta milik Tentera Laut Norway.

Wartawan Amerika Syarikat itu melaporkan pada 26 September 2022, sebuah pesawat Poseidon P8 milik Tentera Laut Norway telah mengugurkan sonar buoy dalam satu penerbangan rutin, yang telah mengaktifkan letupan bahan letupan C4 yang dipasang pada paip gas Nord Stream.

Tiga daripada empat paip gas Nord Stream itu telah musnah dan tidak lagi boleh berfungsi.

Pendedahan oleh Hersh itu adalah amat signifikan kerana ia mencadangkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat memainkan peranan langsung terhadap kemusnahan paip gas asli Nord Stream 2, yang boleh disifatkan sebagai tindakan keganasan terbesar sejak 11 Sept dengan kesan-kesan yang besar terhadap alam sekitar dan sosial.

Letupan hasil tindakan sabotaj itu telah melepaskan 155,000 tan gas methane ke atmosfera.

Gas methane ada gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim.

Nord Stream

Selain itu, kemusnahan paip-paip gas asli Nordstream itu telah menjejaskan dengan teruk industri di Jerman dan negara-negara Eropah yang lain, dimana harga gas asli telah melambung dengan tinggi dan menjejaskan pengguna.

Paip gas Nord Stream yang rosak akibat letupan pada September lepas itu terletak di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Denmark.

Menerusi paip gas Nord Stream, Russia membekalkan 40 peratus daripada keperluan gas asli benua Eropah. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...