Perolehan Syarikat Turki Bangunkan “Bayraktar TB2” Lebihi US$1 Bilion
Menurut laporan daripada Turki, semenjak diperkenalkan pada 2012 UCAV Bayraktar TB2 yang dihasilkan oleh syarikat Baykar Technology telah berjaya dieksport kepada 21 buah negara di seluruh dunia dan digunakan oleh banyak pihak di lokasi-lokasi konflik termasuk di Syria, Libya dan Nagorno-Karabakh.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Baykar Technology daripada Turki yang bertanggungjawab membangunkan Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV) “Bayraktar TB2” meramalkan perolehan daripada pasaran eksportnya untuk sistem UCAV itu pada tahun ini akan melebihi US$1 bilion (RM4 Bilion).
Pencapaian itu adalah suatu peningkatan berbanding US$664 juta (RM2.65 bilion) yang diperolehinya pada tahun lepas.
Perolehan yang dicapai oleh syarikat Baykar yang turut menghasilkan UCAV “Akinci” itu telah mengatasi pencapaian oleh sebuah lagi syarikat Turki yang menghasilkan dron dan pesawat iaitu Turkish Aerospace Industries (TAI).
Syarikat Baykar muncul sebagai syarikat pertahanan Turki yang paling banyak mencatat keuntungan pada tahun ini.
Menurut laporan daripada Turki, semenjak diperkenalkan pada 2012 UCAV Bayraktar TB2 yang dihasilkan oleh syarikat Baykar Technology telah berjaya dieksport kepada 21 buah negara di seluruh dunia dan digunakan oleh banyak pihak di lokasi-lokasi konflik termasuk di Syria, Libya dan Nagorno-Karabakh.

Pada ketika ini, syarikat Turki itu sedang membangunkan pesawat pejuang tanpa pemandunya yang dinamakan “Kizilelma”, yang bakal beroperasi daripada kapal Amphibious Assault Ship Tentera Laut Turki “TCG Anadolu.”
Kapal TCG Anadolu itu juga akan menyaksikan operasi UCAV Bayraktar TB3 yang dibangunkan khususnya untuk beroperasi daripada atas kapal.
Disebabkan prestasi baiknya di medan peperangan, UCAV Bayraktar TB2 yang dibangunkan oleh syarikat Turki, Baykar telah menerima permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia.

Menurut ketua pegawai eksekutif Baykar, Haluk Bayraktar, disebabkan permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia untuk membeli “Bayraktar TB2 itu, senarai menunggu (waiting list) untuk membeli UCAV buatan Turki itu kini adalah selama tiga tahun.
“Permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia telah menyebabkan pelanggan perlu menunggu sehingga tiga tahun untuk Bayraktar TB2,” katanya.
Comments are closed.