Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turkiye Dilapor Pertimbang JF-17 “Thunder” Buatan China dan Pakistan

Dikala negara jirannya, Greek sedang "diperkuatkan" oleh Amerika serta Perancis dengan F-35 dan Rafale,  Turkiye sememangnya “terdesak” dan memerlukan pesawat pejuang dengan segera, sekurang-kurangnya sehingga pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” yang sedang sedang dibangunkannya ketika ini mula beroperasi pada tahun 2028 dan ke atas.

0 5,752

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dikeluarkan daripada program pembangunan F-35 dan dihalang daripada memperolehi Eurofighter Typhoon dan F-16 Block 70,  Turkiye kini digembar-gemburkan oleh media negara itu sedang melihat pesawat pejuang yang dibangunkan bersama oleh Pakistan dan China, JF-17 “Thunder”.

Pesawat pejuang JF-17 itu dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu  Aircraft  Industry Group (CAIG).

Beberapa laporan oleh media Turkiye menyatakan bahawa pesawat pejuang buatan dua buah negara Asia itu adalah opsyen terbaik untuk negara Mediterranean itu pada ketika ini, walaupun ramai pihak menyatakan bahawa pesawat pejuang Russia seperti Su-35 adalah pilihan terbaik untuk Ankara.

Bagaimanapun perolehan Su-35 oleh Turkiye bakal memburukkan lagi hubungan Ankara dengan negara-negara anggota NATO yang lain terutamanya Amerika Syarikat, sama seperti ketika ia memperolehi sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” yang menyebabkannya dikeluarkan daripada program F-35.

Dikala negara jirannya, Greek sedang “diperkuatkan” oleh Amerika serta Perancis dengan F-35 dan Rafale,  Turkiye sememangnya “terdesak” dan memerlukan pesawat pejuang dengan segera, sekurang-kurangnya sehingga pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” yang sedang sedang dibangunkannya ketika ini mula beroperasi pada tahun 2028 dan ke atas.

JF-17
Pesawat JF-17

 

“KAAN” dijangka melakukan penerangan sulungnya pada 27 Disember ini.

Jika Turkiye benar-benar memilih JF-17 “Thunder” sebagai opsyen pilihannya selepas kegagalan memperolehi 40 buah Eurofighter Typhoon dan 40 buah F-16 Block 70, maka media negara itu berkata ia boleh menimbangkan varian terkini pesawat pejuang JF-17 Block 3 yang disifatkan penganalisis sebagai setaraf dengan pesawat pejuang generai 4+++.

Secara keseluruhannya, tentera udara Pakistan bakal memiliki kira-kira 50 buah pesawat JF-17 Block 3 menjelang tahun 2024, bagi menambah pegangan 98 buah pesawat JF-17 Block 1 dan JF-17 Block 2 pada ketika ini.

Pesawat pejuang JF-17 Block 3 dilaporkan memiliki DNA pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon”.

Pesawat-pesawat terbaru JF-17 Block 3 yang lebih moden dan berkeupayaan kerana ia dilengkapi dengan teknologi pesawart pejuang J-20 telah dibangunkan sejak dua tahun lepas serta disifatkan oleh penganalisis pertahanan Pakistan sebagai “game changer” dalam persaingan udara negara itu dengan musuh tradisinya, India.

JF-17
Pesawat pejuang JF-17 Block 3 dikatakan memiliki DNA pesawat pejuang gen-5 China, J-20 “Mighty Dragon”.

 

Antara kemampuan terbaru JF-17 Block 3 berbanding JF-17 Block 2 adalah pesawat varian termaju JF-17  Block 3 itu dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “KLJ-7A” yang dibangunkan oleh syarikat teknologi China iaitu China Electronics Technology Group.

Penganalisis tentera China mendakwa radar AESA KLJ-7A adalah setanding dengan radar AN/APG-81 yang dimiliki oleh pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat, F-35 dan radar N036 phased array radar yang digunakan oleh pesawat Su-57 Russia.

Varian terbaru pesawat JF-17 Block 3 itu juga menggunakan Wide-Angle Holographic Head-Up Display sebagaimana yang digunakan oleh pesawat generasi ke-lima China, J-20 “Mighty Dragon.”

Peningkatan keupayaan varian terbaru pesawat JF-17 Block 3 juga menyaksikan ia dilengkapi dengan Infra Red Missile Approach Warning System, sistem sensor yang terletak di intake udara pesawat sama seperti yang digunakan oleh pesawat J-10C milik China.

KAAN
“KAAN” akan melakukan penerbangan sulungnya pada 27 Disember ini.

KAAN

Bagi sistem persenjataan udara-ke-udara pula, pesawat JF-17 Block 3 ini akan dilengkapi dengan dua jenis peluru berpandu iaitu PL-10 yang turut digunakan oleh pesawat termoden China, J-20 “Mighty Dragon.”

Peluru berpandu udara-ke-udara “PL-10” adalah peluru berpandu jarak dekat yang setanding dengan peluru berpandu AIM-9X buatan Amerika Syarikat.

Satu lagi peluru berpandu udara-ke-udara yang melengkapkan pesawat JF-17 Block 3 adalah “PL-15” yang memiliki jarak operasi sejauh 200km hingga 300km, memberikan kelebihan berbanding peluru berpandu udara-ke-udara dimiliki oleh pesawat-pesawat India. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...