Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Arab Saudi Bakal Beli 33 Pesawat Pengangkut C-390 Buatan Brazil. Tamparan Pada Amerika?

Sejak parti Demokrat mengambilalih pentadbiran Rumah Putih Amerika Syarikat dengan Jo Biden dipilih menjadi presiden negara itu, hubungan diplomatik yang erat di antara Riyadh dan Washington mulai renggang terutamanya dalam aspek hubungan luar dan pertahanan.

0 9,738

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Arab Saudi dilaporkan bakal membeli 33 buah pesawat pengangkut C-390 Millenium buatan syarikat Embraer daripada Brazil, suatu keputusan yang berkemungkinan bakal merenggangkan lagi hubungan pertahanannya dengan sekutu lama, Amerika Syarikat.

Arab Saudi mahu menggunakan pesawat pengangkut C-390 itu untuk menggantikan 42 buah C-130 Hercules milik tentera udara negara itu yang dibuat oleh syarikat pertahanan Amerika Syarikat,Lockheed Martin.

Rancangan pembelian 33 pesawat pengangkut daripada Brazil itu turut merangkumi pakej latihan dan kemudahan penyelenggaraan pesawat itu di Arab Saudi, dengan usaha menubuhkan pusat Maintenance, Repair and Overhaul (MRO).

Selain itu, terdapat juga cadangan untuk menubuhkan kemudahan final assembly pesawat pengangkut itu di Arab Saudi.

Cadangan pembelian 33 buah pesawat pengangkut C-390 Millenium daripada syarikat Brazil itu semakin menjadi kenyataan selepas Arab Saudi sah menjadi anggota baru dalam organisasi antara kerajaan dinamakan BRICS (Brazil, Russia, India, China, South Africa).

Kini, Riyadh menjadi anggota terbaru bagi organisasi yang menjadi saingan kepada beberapa organisasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

C-390
C-390 Millenium juga menjadi pilihan kepada Korea Selatan

 

Pada ketika ini, Tentera Udara Arab Saudi memiliki 42 buah pengangkut C-130 Hercules, merangkumi 33 buah varian C-130H dan tujuh buah varian pengisi minyak  (air-to-air refuelling) C-130H.

Selain itu, Tentera Udara Arab Saudi juga memiliki dua buah pesawat C-130 yang memainkan dwi-kegunaan sebagai pengangkut dan pengisi minyak.

Pesawat pengangkut C-390 itu merupakan pesawat yang memiliki kemampuan multi-misi, lasak dan interoperability.

Pesawat pengangkut keluaran syarikat Embraer itu mampu mengangkut 26 tan bebanan dan terbang selaju 470 knot serta lebih jauh.

Ia juga berkemampuan melaksanakan pelbagai misi termasuk mengangkut dan menggugurkan kargo serta anggota tentera, medical evacuation, mencari dan menyelamat, melawan kebakaran dan misi kemanusiaan.

 Pesawat C-390 itu juga boleh beroperasi di landasan tidak berturap, selain dilengkapi dengan sistem mengisi minyak bagi membolehkan ia memainkan peranan sebagai pesawat pengisi minyak. 

Arab Saudi
Pesawat C-130 milik Arab Saudi

 

Sejak parti Demokrat mengambilalih pentadbiran Rumah Putih Amerika Syarikat dengan Jo Biden dipilih menjadi presiden negara itu, hubungan diplomatik  yang erat di antara Riyadh dan Washington mulai renggang terutamanya dalam aspek hubungan luar dan pertahanan.

Hubungan pertahanan yang semakin renggang itu menyaksikan Washington menolak permintaan Arab Saudi untuk membeli beberapa jenis sistem persenjataan yang diperlukannya termasuk pesawat pejuang generasi kelima, F-35 dan dron MQ-9 Reaper.

Penolakkan itu menyebabkan Riyadh terpaksa mencari jalan alternatif dan mendapatkan bekalan senjatanya daripada negara-negara lain termasuk daripada China yang merupakan pesaing kepada Amerika Syarikat,

Walaupun Arab Saudi kini semakin hampir untuk membeli pesawat pejuang Rafale buatan Perancis, namun, sebelum ini ia turut menimbangkan untuk memperolehi pesawat pejuang J-10C buatan China untuk menggantikan pesawat-pesawat Eurofighter Typhoon dan Tornado miliknya.

Riyadh kini adalah pengguna dron tentera buatan China, ia mahu memiliki lebih banyak dron buatan kuasa Asia itu seperti dron Sky Saker, dron VTOL CR500 dan sistem pertahanan udara HQ-17.

Arab Saudi
Arab Saudi juga dilaporkan menggunakan dron Wing Loong buatan China.

 

Kesemua ini berlaku akibat “kemesraan” dalam hubungan diplomatik di antara Riyadh dan Beijing sejak kebelakangan ini.

Selain itu, hubungan perdagangan yang erat di antara kedua-dua negara juga menyaksikan syarikat Huawei daripada China diberikan tanggungjawab untuk membina infrastruktur telekomunikasi termasuk 5G di negara Arab itu.

Baru-baru ini, penganalisis pertahanan di Timur Tengah mendakwa Arab Saudi sedang berunding dengan China untuk memperolehi sehingga 12 buah kapal perang destroyer Type 052DE (varian eksport bagi kapal perang Type 052D).

Arab Saudi juga dikatakan menimbang cadangan bekerjasama dengan China untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara Arab itu. — DSA

Iklan
Comments
Loading...