Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dron MQ-9 Reaper Milik Amerika Mendarat Cemas Di Poland. “Mangsa” Serangan EW Russia?

Insiden pendaratan cemas dron MQ-9 Reaper milik Tentera Amerika Syarikat di Poland semalam itu telah menimbulkan persoalan tentang serangan-serangan EW (Peperangan Elektronik) pihak Russia termasuk kemungkinan mereka jamming atau spoofing sistem GPS dan signal Global Navigation Satellite Systems (GNSS) yang telah membelenggu kawasan di timur Eropah dan wilayah Baltik.

0 3,560

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah dron MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat terpaksa melakukan pendaratan cemas di Poland selepas ia dilaporkan menjadi “mangsa” kepada serangan peperangan elektronik pihak tentera Russia yang mensasarkan sistem Global Positioning System (GPS) miliknya.

Sumber-sumber tentera Barat memberitahu media tempatan di Poland bahawa Russia telah mempertingkatkan serangan-serangan EW terutama di kawasan timur NATO sekaligus meningkatkan kebimbangan pakatan tentera itu tentang keselamatan ruang udara di Laut Baltik.

Dron milik tentera Amerika Syarikat terpaksa melakukan pendaratan kecemasan berhampiran bandar Miroslawiec, utara Poland di sebuah kawasan yang tidak dinamakan kira-kira 11 malam pada Selasa, menurut kenyataan menerusi media sosial oleh Pemerintahan Pusat Tentera Poland.

Ia bagaimanapun tidak menjelaskan punca di sebalik pendaratan cemas oleh dron MQ-9 Reaper oleh Tentera Amerika Syarikat.

Tentera Amerika Syarikat dalam kenyataan juga mengesahkan tentang insiden yang menimpa dron mereka dan menyatakan bahawa dron MQ-9 Reaper terbabit sedang menjalani penerbangan “latihan.”

UAS-MALE
MQ-9 Reaper

 

Amerika Syarikat diketahui menggunakan dron-dron MQ-9 Reaper berkemungkinan daripada pangkalan-pangkalannya di Jerman untuk menjalankan misi-misi pengumpulan maklumat perisikan – ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance) – terhadap kedudukan-kedudukan tentera Russia di Ukraine.

Maklumat-maklumat ISR yang didapati daripada misi-misi ini akan disalurkan kepada negara-negara anggota NATO yang lain dan juga kepada tentera Ukraine bagi membantu operasi ketenteraan mereka menentang tentera Russia.

Insiden pendaratan cemas dron MQ-9 Reaper milik Tentera Amerika Syarikat di Poland semalam itu telah menimbulkan persoalan tentang serangan-serangan EW pihak Russia termasuk kemungkinan mereka jamming atau spoofing sistem GPS dan signal Global Navigation Satellite Systems (GNSS) yang telah membelenggu kawasan di timur Eropah dan wilayah Baltik.

Mengganggu sistem GPS dan GNSS itu boleh mengelirukan pesawat berpemandu atau tidak berpemandu sehingga menyebabkan mereka menyangkakan berada di satu kawasan lain.

Pegawai-pegawai tentera Poland dan NATO mendakwa aktiviti tentera Russia di Kaliningrad, iaitu sebuah wilayah miliknya yang terletak di Baltik iaitu di antara Poland dan Lithuania dan bertindak sebagai salah satu pangkalan laut paling utama dioperasi oleh Moscow.

Kaliningrad
Wilayah Kaliningrad, sebuah exclave milik Russia yang terleta di antara Poland dan Lithuania.

 

Seorang pegawai kanan tentera Estonia menuduh Moscow sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam peningkatan aktiviti jamming GPS di seluruh Eropah Timur.

Jeneral Martin Herem daripada Angkatan Tentera Estonia memberitahu Bloomberg akhir Januari lalu bahawa “peperangan elektronik Russia adalah amat kuat” manakala Lt Kolonel Joakim Paasikivi daripada Angkatan Tentera Sweden pula menyatakan bahawa gangguan GPS adalah hasil daripada tindakan “peperangan hybrid” Russia ketika ini.

Russia dikatakan telah menempatkan aset-aset peperangan elektroniknya yang berkuasa tinggi di wilayah Kaliningrad, termasuk untuk jamming dan spoofing signal-signal GPS dan juga GNSS, menurut seroang pegawai tentera Lithuania.

Seorang pegawai tentera Poland berkata bahawa sasaran utama pihak Russia menerusi serangan-serangan EW dengan jamming dan spoofing itu adalah untuk “membina suasana ancamana dan perasaan ketidakmampuan bertindak dalam masyarakat.”

Pesawat-pesawat sama ada milik tentera atau awam yang terbang di wilayah Baltik dan beberapa negara NATO telah mengadu tentang gangguan terhadap sistem dan maklumat yang disampaikan oleh sistem GPS mereka.

Seorang juruterbang tidak dinamakan memberitahu Forbes bahawa beliau terpaksa mematikan sistem navigasi GPS miliknya apabila pesawatnya terbang di kawasan berhampiran dengan Laut Baltik dan kawasan persekitarannya.

Beliau sebaliknya menghidupkan sistem lain seperti Inertial Navigation untuk meneruskan penerbangan.  — DSA

Iklan  

Comments
Loading...