Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika “Berang”, UAE Beli Pesawat FLIT/LCA L-15 Dari China

Pembelian pesawat FLIT/LCA daripada China oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu dijangka akan memburukkan lagi hubungan di antara UAE dan Amerika Syarikat,selepas Washington bertindak melengah-lengahkan penjualan pesawat generasi kelima F-35 kepada negara Teluk kaya itu.

0 21,774

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah bersetuju secara dasarnya untuk membeli 12 buah pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) jenis “L-15 Hongdu” buatan China, tindakan yang bakal merenggangkan lagi hubungannya yang sedia terjalin sejak lama  dengan Amerika Syarikat. 

UAE dijangka menambah pegangan pesawat itu kepada 36 buah pesawat L-15 pada masa depan.

“Kami telah berada di peringkat akhir perbincangan dengan pihak China. Kontrak akhir akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak dalam jangkamasa terdekat,” menurut Tareq Al Hosani, Ketua Eksekutif  Tawazun Economic Council.

L-15

Tareq mengatakan bahawa pesawat tersebut memiliki teknologi canggih.

Cadangan pembelian pesawat FLIT/LCA daripada China oleh UAE itu dijangka akan memburukkan lagi hubungan di antara UAE dan Amerika Syarikat selepas Washington bertindak melengah-lengahkan penjualan pesawat generasi kelima F-35 kepada negara negara Teluk kaya itu.

Pentadbiran Presiden Jo Biden bertindak melengah-lengahkan penjualan pesawat generasi kelima F-35 kepada UAE berikutan tindakan negara Teluk itu menjalin hubungan komersial yang erat dengan syarikat penyedia infrastruktur telekomunikasi China, Huawei berkenaan teknologi 5G.

L-15

Selepas Amerika Syarikat melengahkan penjualan F-35 kepada UAE, negara Teluk itu mengambil keputusan untuk membeli 80 buah pesawat Rafale daripada Perancis.

Pihak UAE dijangka membeli pesawat FLIT/LCA itu daripada China National Aero-Technology Import and Export Corporation (CATIC).

Buat masa ini, tidak diketahui nilai pembelian pesawat FLIT/LCA oleh UAE itu tetapi pesawat L-15 itu dianggarkan bernilai di antara US$10 juta hingga US$15 juta per-unit, menurut maklumat daripada pihak industri.

L-15

Nilai per-unit pesawat pejuang itu menjadikan ia lebih murah berbanding pesawat-pesawat pejuang lain buatan syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan Eropah.

Pesawat L-15 itu disifatkan oleh pemerhati sebagai antara terbaik didalam kelasnya.

Mula diperkenalkan pada 2006, varian terkini pesawat itu, L-15B mempunyai kemampuan untuk membawa sehingga 4 tan peluru berpandu dan bom, dengan kokpit bagi juruterbang pelatih ditukar kepada Weapon System Officer (WSO).

L-15

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Bagi pasaran eksport, pesawat ini dikenali sebagai L-15 tetapi di China ia dikenali sebagai JL-10.

Selain digunakan oleh Tentera Udara China, pesawat L-15 turut digunakan oleh Tentera Udara Zambia dengan syarikat CATIC turut berusaha untuk menjual pesawat FLIT/LCA itu kepada negara-negara lain.

Menurut laporan, Argentina dan Venezuela yang berhadapan dengan sekatan ekonomi termasuk daripada Amerika Syarikat telah menunjukkan minat untuk memiliki pesawat L-15.

L-15

 

Antara negara yang kini menjadi sasaran CATIC untuk menjadi pelanggan terbaru L-15 adalah Malaysia yang bercadang memperolehi 18-36 buah pesawat FLIT/LCA bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat L-15 merupakan salah satu daripada pesawat yang bersaing dalam tender Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memperolehi 18 buah pesawat FLIT/LCA dianggarkan bernilai RM4 bilion.

Malaysia dijangka memutuskan pesawat FLIT/LCA yang akan dibeli pada tahun ini. — DSA

 

Comments
Loading...