Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

136 Buah HMAV “Tarantula” Untuk Tentera Darat?

Admin dimaklumkan oleh sumber-sumber industri bahawa perolehan 136 Kenderaan 4x4 itu membabitkan kenderaan High Mobillity Armoured Vehicle (HMAV) “Tarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan,   MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

0 12,573

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam diumumkan bahawa Kementerian Pertahanan akan melaksanakan perolehan Kenderaan Jenis A 4×4 sebanyak 136 unit dan Kenderaaan Jenis B pelbagai unit dengan nilai perolehan sebanyak RM2.049 bilion.

Selain daripada pengumuman ringkas itu, tidak banyak perincian diberikan mengenai perolehan sebanyak 136 buah Kenderaan Jenis A 4×4 dan Kenderaan Jenis B.

Apapun peruntukan sebanyak RM2 bilion disediakan untuk perolehan kedua-dua jenis kenderaan itu yang berkait rapat dengan program penggantian kenderaan perisai Condor dan Sibmas.

Tarantula

Admin dimaklumkan oleh sumber-sumber industri bahawa perolehan 136 Kenderaan 4×4 itu berkemungkinan membabitkan kenderaan High Mobillity Armoured Vehicle (HMAV) “Tarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

Rundingan perolehan yang sedang berlangsung itu adalah untuk menggantikan kenderaan perisai “Condor” 4×4 yang telah digunakan oleh Tentera Darat sejak sekian lama.

Sejumlah 136 kenderaan 4×4 itu adalah untuk melengkapkan dua rejimen, 3 Armor dan 4 Armor, menurut sumber industri terbabit.

Kesemua 136 kenderaan 4×4 itu terdiri daripada di antara di antara tiga hingga empat variant seperti Armoured Personnel Carrier (APC), Armoured Combat Vehicle (ACV), Armoured Recovery Vehicle (ARV) dan ambulan.

Mengenai weapon platform “Tarantula” itu, ia bergantung kepada variannya serta kehendak pelanggan.

Tarantula

Kenderaan perisai buatan syarikat tempatan itu boleh dilengkapi dengan Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm, Anti-Tank Guided Weapon (ATGW), Multiple Grenade Launcher (MGL) dan lain-lain sebagaimana dikehendaki oleh pelanggan.

“Tarantula” dibina berlandaskan pelantar modular dengan rangkaian spesifikasi daripada yang asas sehingga yang paling canggih untuk memudahkan sebarang pengubahsuaian dan memenuhi spesifikasi mana-mana negara yang ingin menggunakan aplikasi tersebut.

Kenderaan perisai itu dilengkapi dengan perlindungan perisai bawahan Stanag 4569 Level 2B dan perlindungan perisai badan Stanag 4569 Level 2 untuk melindungi krew di dalam kenderaan tersebut.

Nisbah kuasa dan berat untuk MILDEF HMAV4x4 adalah 24 kuasa kuda/tan. Ia memberikan pelepasan ruang bawah yang luas untuk kenderaan ini agar dapat melepasi pelbagai halangan dengan mudah.

Tarantula

 Selain HMAV “Rentaka”, MILDEF turut membangunkan “Rentaka”  yang hanya didedahkan kepada umum pada pameran DSA beberapa bulan lepas, tetapi kenderaan Rentaka itu lebih kepada tugasan keselamatan dalam negeri.

Bercakap ketika majlis penamaan “Tarantula” pada April 2020,  Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kereta perisai itu telah melalui pelbagai ujian daripada kumpulan uji nilai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Kementerian Pertahanan.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Dari segi ujian atas jalan raya selama sembilan hari, ia merangkumi perjalanan 700 kilometer (km) dan 300 km lagi ujian panduan ‘offroad’,” kata beliau yang kini adalah Perdana Menteri Malaysia.

Ismail Sabri berkata, apa yang ditonjolkan oleh MILDEF telah membuktikan bahawa bakat dan syarikat tempatan juga mampu menghasilkan kenderaan pertahanan berkualiti seperti dihasilkan negara luar, malah lebih hebat. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...