Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MA Analytics Hasrat Perkenal “Yavuz SPH” Pada Tentera Darat

Ketua Pegawai Eksekutif MA Analytics Sdn Bhd Rasyad Anwar berkata Memorandum Persefahaman ditandatangani dengan MKE dan dua syarikat Turki lain Ogos tahun lepas bermatlamat meningkatkan industri pertahanan negara terutamanya sistem artileri dan pelbagai sistem persenjataan lain.

0 3,136

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bertempat di International Defence Industry Fair (IDEF) di Turki pada Ogos tahun lepas,  syarikat tempatan MA Analytics Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan gergasi industri pertahanan Turki, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE) serta dua syarikat negara Mediterranean itu yang lain.

MKE merupakan syarikat milik penuh kerajaan Turki dimana 100 peratus pemegang sahamnya adalah Kementerian Pertahanan Turki manakala pengerusinya adalah Timbalan Menteri Pertahanan Turki.

MKE turut memegang 50 peratus saham di dalam Roketsan.

Yavuz SPH

Bercakap kepada Defence Security Asia, Ketua Pegawai Eksekutif MA Analytics Rasyad Anwar berkata MoU yang ditandatangani dengan MKE dan dua syarikat Turki lain pada Ogos tahun lepas itu bermatlamat meningkatkan industri pertahanan negara terutamanya sistem artileri dan pelbagai sistem persenjataan lain.

“Menerusi usahasama ini juga, MKE dan MA Analytics berhasrat memperkenalkan sistem Yavuz SPH kepada Tentera Darat Malaysia. Yavuz 155mm SPH merupakan antara sistem artileri terkini yang canggih dan moden,” katanya.

Menurut Rasyad lagi, sistem Yavuz SPH ini turut mempunyai keupayaan tembakan Multiple Round Simultaneous Impact (MRSI).

Yavuz SPH

Keupayaan MRSI ini penting bagi mengelirukan pihak musuh di mana tiga hingga enam tembakan dapat dihasilkan daripada pelbagai sudut dongakan dalam masa 60 saat.

Sistem Yavuz SPH ini juga mempunyai kadar mobiliti yang tinggi di mana ia telah dihasilkan di atas platform kenderaan 6×6 MAN dari Jerman yang mampu membawa muatan sehingga 32 tan.

Sistem artileri bergerak ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik dan sistem kawalan penembakan daripada Aselsan.

Sistem kawalan penembakan Yavuz mampu diintegrasikan bersama Unmanned Air Vehicle (UAV) yang berfungsi untuk mendapatkan koordinat sasaran dengan lebih tepat dan pantas disamping bagi membuat “battle damage assessment”.

Yavuz

Doktrin peperangan ini telah digunakan oleh pelbagai negara iaitu dari Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan Rusia.

Beliau berkata, MKE merupakan salah satu “gergasi” pertahanan negara Turki.

“Ditubuhkan pada tahun 1453 masihi, MKE telah diamanahkan untuk membekalkan senjata, peluru dan meriam kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dan fungsi itu terus kekal sehingga ke hari ini dimana MKE masih kekal sebagai pembekal utama kepada Angkatan Tentera Turki.

“Kini, MKE mempunyai 11 kilang senjata berat yang menghasilkan lebih 400 produk seperti senjata ringan dan berat, peluru, roket, bahan letupan dan lain-lain yang turut dieksport ke lebih 50 negara,” kata beliau.

Yavuz SPH

 

Menurut Rasyad, bagi kategori senjata berat, MKE menghasilkan pelbagai senjata berat termasuk sistem senjata 120mm bagi kereta kebal Altay, Boran 105mm towed howitzer, Panter 155mm towed howitzer (Panter), Firtina 155mm track Self Propelled Howitzer (Firtina SPH) dan Yavuz 155mm wheel Self Propelled Howitzer (Yavuz SPH).

Nama MKE kata beliau sememangnya tidak asing di dalam sistem persenjataan terutamanya howitzer.

Pada tahun 1994, MKE telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama ST Kinetics dari Singapura dan telah menghasilkan Panter manakala Singapura turut menghasilkan versinya yang tersendiri iaitu FH-2000 155mm 52 calibre towed howitzer.

Yavuz SPH

Manakala pada tahun 2007, Firtina telah dihasilkan sendiri oleh MKE menerusi R&D dan program offset pembelian K9 Thunder 155 mm SPH yang dibangunkan oleh Samsung Techwin (kini dikenali sebgai Hanhwa Techwin) dari Korea Selatan.

Beberapa penambaikan dilakukan pada Firtina terutamanya pada reka bentuk turret, sistem navigasi, sistem kawalan penembakan (FCS) dan radio yang dihasilkan 100% teknologi Turki.

Sebanyak lebih 350 unit Firtina telah dihasilkan sehingga hari ini.

Yavuz SPH
Pengurusan kanan syarikat MA Analystics dengan pengurusan kanan MKE.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Manakala penghasilan Yavuz SPH bermula menerusi permintaan Savunma Sanayii Başkanlığı (SSB), atau Presidensi Industri Pertahanan Turki untuk meningkatkan kadar mobiliti Tentera Turki.

Pada tahun 2014, MKE telah melakukan R&D dengan mengintegrasikan sistem Panter sediada ke atas trak 6×6, 10 tan. Sistem Yavuz SPH telah dilancarkan buat pertama kalinya semasa International Defence Industry Fair (IDEF) di Turki pada tahun 2017.

Tentera Darat dijangka akan mengiklankan tender untuk mendapatkan sejumlah sistem artileri beroda tidak lama lagi.

Yavuz SPH

Tentera Darat mempunyai keperluan sehingga 36 buah meriam bergerak beroda untuk memenuhi keperluan unit-unit mekanis Tentera Darat, tetapi terdapat juga spekulasi hanya 18 buah meriam sedemikian akan dipesan oleh tentera darat.

Bagaimanapun, Tentera Darat dijangka hanya memesan 18 buah meriam terbabit pada peringkat awal iaitu Rancangan Malaysia Ke-12 bergantung kepada peruntukan kewangan manakala 18 buah seterusnya akan dibeli pada Rancangan Malaysia seterusnya. — DSA

Yavuz SPH

Comments
Loading...