Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] 2S19-MSTA Saingan Kepada M109 “Paladin”

0 862

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jika Amerika Syarikat memiliki M109 “Paladin” self-propelled howitzer, maka, tentera Russia pula mempunyai 2S19-MSTA 152mm yang mula memasuki perkhidmatan tentera negara itu pada 1989.

Kenderaan meriam beroda MSTA (nama sungai di Russia) seberat 42 tan ini boleh dikatakan adalah tulang belakang kepada kekuatan artillery bergerak tentera Russia.

Ia adalah berdasarkan kepada chasis kereta kebal T-72 dan T-80 dan dilengkapi dengan meriam 2A64 yang mempunyai kaliber 152.4mm berbanding “Paladin” yang menggunakan meriam berkaliber 155mm sebagaimana yang digunakan oleh tentera-tentera Barat.

Ia boleh melontar pelbagai peluru daripada HE (High Explosive) kepada HEAT (High-Explosive Anti Tank) dan HERA daripada jarak sejauh 24km kepada 36km serta smart munition seperti “Krasnopol” yang dipandu oleh laser bagi high-value target. MSTA telah dikerah oleh tentera Russia dalam beberapa konflik.

msta
MSTA untuk pasaran eksport yang menggunakan meriam kaliber 155mm.

Rate of fire MSTA adalah di antara enam hingga lapan peluru.

Russia dikatakan sedang membangunkan versi MSTA yang dipertingkatkan keupayaannya iaitu MSTA-SM2 dengan meriam yang baru yang didakwa mereka mampu menembak sehingga ke jarak kira-kira 80km.

Ia juga membangunkan MSTA dengan meriam kaliber 155mm untuk tujuan pasaran eksport.

Pada akhir tahun lepas, M109A6 Paladin telah melakukan ujian terhadap meriam baru dipanggil “ERCA” yang mampu menembak sehingga 72km.

msta

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...