Unit Perisikan Tentera Darat Bakal Dilengkapi Dengan Sistem UAS, Hybrid VTOL

Tender bagi sistem UAS itu diiklan oleh Kementerian Pertahanan pada 17 Jun dan berakhir pada 8 Julai.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Unit-unit perisikan Tentera Darat Malaysia (military intelligence) bakal dilengkapi dengan sistem pesawat tanpa pemandu (Unmanned Aircraft System – UAS) yang baru berdasarkan kepada tender yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan baru-baru ini.

Tender bagi sistem UAS itu diiklan oleh Kementerian Pertahanan pada 17 Jun dan berakhir pada 8 Julai.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh portal pertahanan Malaysian Defence, syarikat yang berjaya memenangi tender itu perlu membekalkan sistem UAS itu didalam tempoh dua bulan selepas mereka diumumkan sebagai pemenang tender.

Menurut keterangan dalam iklan tender itu, sistem UAS itu akan digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat perisikan taktikal yang tepat dan real-time untuk disalurkan kepada komander yang memerlukannya.

Maklumat-maklumat real time yang diperolehi oleh sistem UAS itu adalah amat penting bagi membolehkan komander merancang dan melaksanakan pelan-nya secara effektif ketika waktu siang dan malam.

Keperluan sistem UAS yang dikehendaki oleh Tentera Darat Malaysia adalah – ia perlu dikerah beroperasi dalam pelbagai suasana termasuk di kawasan musuh selain perlu beroperasi pada siang dan malam.

Spesifikasi teknikal sistem UAS itu adalah, satu set sistem UAS terdiri daripada tiga fixed wing Hybrid VTOL AV,  tiga Portable Ground Control Station (GCS), tiga payload, tiga sistem data link, satu kenderaan pemerintahan, satu sistem simulator UAS, satu UAS Data Storage Management dan satu Portable Security Awareness Equipment.

Untuk spec keupayannya pula, radius operasi perlu lebih 50km daripada Ground Control Station, endurance lima jam single flight, cruising speed tidak boleh kurang 70km sejam, operating ceiling tidak boleh kurang 4,000 kaki Above Mean Sea Level, manakala bunyinya tidak boleh didengari pada jarak 1000 meter.

Sebagaimana yang diketahui, unit-unit perisikan dalam Tentera Darat menggunakan Schiebel Camcopter UAS, yang turut dikerah di ESSCOM.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Hybrid VTOLPerisikanTentera DaratUAS