(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tender yang dkeluarkan laman web eperolehan pada 31 Mei yang lepas, Markas Tentera Udara (Materiel) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengiklankankan sebut harga bertajuk “Perolehan Perkhidmatan Pembuatan Pylon-X1 Dan Pemasangan Peralatan BDU-59 LGTR Pada Pesawat SU-30MKM.”
Sebut harga itu meminta pihak-pihak yang berminat untuk membangunkan pylon iaitu “Pylon-X1” yang akan digunakan oleh pesawat Sukhoi Su-30MK yang akan membawa peluru latihan yang berpandukan laser BDU-59 (BDU-59 Laser Guided Training Round – LGTR).
TUDM memiliki 18 buah pesawat Su-30MKM yang berkhidmat dengan No 12 Skuadron.
Admin tidak pasti syarikat manakah yang membangunkan sistem BDU-59 LGTR yang akan digunakan oleh pesawat-pesawat Su-30MKM itu tetapi dipercayai ia adalah Lockheed Martin Missiles and Fire Control.
Ini bermakna sebut harga itu menghendaki syarikat pemenang akan membina Pylon-X1 untuk dipasang dengan BDU-59 LGTR pada pesawat Su-30MKM.
Ia juga membawa maksud bahawa sememangnya pesawat-pesawat Su-30MKM milik TUDM berkemampuan menggunakan bom-bom panduan laser buatan Amerika Syarikat, sesuatu yang sebelum ini disifatkan sebagai suatu “rahsia terbuka.”
Dengan sekatan ekonomi yang lebih ketat terhadap Russia dan eksport sistem pertahanannya, pesawat-pesawat pejuang negara sudah pasti akan lebih cenderung untuk memilih sistem-sistem pertahanan Barat.
BDU-59 LGTR peluru latihan menggunakan kit panduan bom Paveway II dan menyerupai penggunaan bom-bom panduan laser GBU-10, GBU-12 dan GBU-16.
Ia digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk latihan penggunaan Paveway II bagi menjimatkan penggunaan bom-bom sebenar serta kit panduannya dan berkeyakinan di atas sebab yang sama jugalah TUDM memperolehi BDU-59 LGTR.
LGTR ini datang di dalam versi berlainan termasuk BDU-57/B, BDU-59/B, BDU-59A/B, BDU-59B/B, BDU-60/B dan BDU-60A/B (the BDU-60( )/B yang juga dipanggil LGTR II).
Pada November 2016, bertempat di Lapang Sasar Udara (LASARUD) di Kota Belud, sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM yang dibuat oleh Russia telah menunjukkan keupayaanya melancarkan bom panduan laser buatan Barat.
Pada tarikh itu sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKM daripada pangkalan TUDM di Gong Kedak telah mengugurkan bom panduan laser “GBU-12 Paveway II” yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.
Ia adalah kali pertama TUDM mengesahkan (sebelum video pendek itu ditarik balik) bahawa pesawat-pesawat buatan Russia-nya berkemampuan menguggurkan bom pintar buatan Amerika Syarikat.
Bom panduan laser itu digugurkan ketika Eks Paradise (Paradrop, Deep strike, Insertion and Extraction).
Laporan daripada blog-blog pertahanan tempatan mengatakan bahawa bom pintar di dipandu ke sasaran oleh anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) menggunakan Ground Laser Target Designator (GLTD).
Ada juga pendapat mengatakan bom pintar NATO itu dipandu oleh oleh target pod “Damocles” buatan syarikat Thales daripada Perancis yang dilengkapkan pada pesawat Sukhoi Su-30MKM itu.
Pesawat-pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM itu sememangnya amat unik kerana walaupun ia dibangunkan oleh syarikat pesawat Russia, tetapi turut dilengkapkan dengan beberapa peralatan avionic daripada Barat.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Bom panduan laser GBU-12 Paveway II itu adalah berdasarkan kepada General Purpose Bomb Mk 82 500 pound (227 kg), cuma ia dinaiktaraf untuk dilengkapkan dengan nose-mounted laser seeker dan fins.
Dalam Perang Teluk, Tentera Amerika Syarikat melaporkan bahawa success rate bagi bom GBU-12 Paveway II adalah sekitar 88 peratus, menjadikan ia antara bom panduan laser yang paling kerap digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang NATO.
Bom GBU-12 Paveway II ini sangat tepat dan memiliki Circular Error Probable (CEP) 1.1 meter. — DSA