Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Anggota PASKAU TUDM, Helikopter EC-725 Tonjol Kecekapan Dalam Eksesais Kelawar 12/21

Ekesais itu dilaksanakan di kawasan perairan Operasi Pasir, Sabah bermula pada 21 hingga 28 Mei.

0 1,496

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kecekapan serta kesiagaan anggota-anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia dan anak-anak kapal helikopter EC725 AP telah diuji dalam Eksesais Kelawar 12/21 baru-baru ini.

Ekesais itu dilaksanakan di kawasan perairan Operasi Pasir, Sabah bermula pada 21 hingga 28 Mei.

Kali terakhir eksesais seumpama dilakukan adalah pada 2014.

Eksesais menurut TUDM dalam satu kenyataan baru-baru ini bertujuan untuk memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal pesawat helikopter EC 725 AP di samping penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik dan ancaman pada waktu malam.

Eksesais yang dikoordinasikan oleh Markas Wilayah Udara 2 itu menerapkan beberapa elemen yang penting dalam operasi pasukan khas tentera.

Paskau
Gambar kredit TUDM

 

“Antara aktiviti eksesais yang dilaksanakan ialah ‘Night Tactical Formation, Night Tactical Navigation, Night Aerial Sniping, Aerial Broadcasting using Long Range Acoustic Device (LRAD), Night Overwater Rescue dan Maritime Counter Terrorism Mission (MCTM),” kata kenyataan TUDM itu lagi.

Secara keseluruhannya, eksesais kali ini telah mencapai objektif dan misi yang telah ditetapkan.

“Hasil gabungan semua agensi yang terlibat telah menjadikan eksesais ini berjaya disepadukan dalam memperkasa dan menilai tahap kompetensi anggota yang terlibat terhadap pelaksanaan sesuatu misi, terutamanya sebagai persediaan sekiranya konflik sebenar berlaku.”

Pelaksanaan eksesais ini turut melibatkan usaha sama bersepadu anak kapal dan skudaron bersama Pasukan Khas Udara (PASKAU) TUDM, Markas ATB 2 serta pasukan sahabat yang lain.

Paskau
Gambar kredit TUDM
Paskau
Gambar kredit TUDM

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...