Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kejayaan” TUDM Pada 2016 Masih Menjadi Topik Perbincangan Sehingga Kini

Berlaku pada November 2016 itu di LASARUD, Kota Belud, sebuah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM buatan Russia daripada pangkalan TUDM di Gong Kedak telah mengugurkan bom panduan laser “GBU-12 Paveway II” yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat.

0 37,669

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada November 2016, bertempat di Lapang Sasar Udara (LASARUD) di Kota Belud, sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menunjukkan keupayaanya yang menjadi “bahan perbualan” pemerhati pertahanan seluruh dunia.

Malah kejayaan TUDM yang menjadi “bahan perbualan” pemerhati pertahanan seluruh dunia (terutamanya negara-negara jiran) masih lagi menjadi buah mulut sehingga kini, walau pun sudah lima tahun ia berlalu.

TUDM sehingga kini pun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai “kejayaan” itu, malah video pendek mengenainya telah ditarik balik tidak lama selepas ia diupload di page Facebook TUDM.

Mungkin TUDM mempunyai sebab tertentu mengapa ia tidak mahu “kejayaan” itu digembar-gemburkan, menyebabkan video pendek itu ditarik-balik daripada akaun media sosialnya.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada TUDM dan video pendek itu telah ditarik balik, ia tidak menghalang peminat-peminat pertahanan dalam dan luar negara untuk membincangkan kemampuan TUDM dalam mengintegrasikan teknologi daripada Russia dan Amerika Syarikat.

kredit You Tube Channel “thebaseleg” 

Bagi mereka yang sudah lupa tentang “kejayaan gempak” TUDM lima tahun lepas itu, jom kita imbau kembali.

Sebagaimana yang admin tulis, pada November 2016 itu di LASARUD, Kota Belud sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKM daripada pangkalan TUDM di Gong Kedak telah mengugurkan bom panduan laser “GBU-12 Paveway II” yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Ia adalah kali pertama TUDM mengesahkan (sebelum video pendek itu ditarik balik) bahawa pesawat-pesawat buatan Russia-nya berkemampuan menguggurkan bom pintar buatan Amerika Syarikat.

Bom panduan laser itu digugurkan ketika Eks Paradise (Paradrop, Deep strike, Insertion and Extraction).

TUDM
Pesawat pejuang Su-30MKM mengugurkan bom-bom di Lapangan Sasar Udara Kota Belud pada hari terakhir Eksesais ABABIL baru-baru ini.(gambar kredit TUDM)

 

Laporan daripada blog-blog pertahanan tempatan mengatakan bahawa bom pintar di dipandu ke sasaran oleh anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) menggunakan Ground Laser Target Designator (GLTD).

Ada juga pendapat mengatakan bom pintar NATO itu dipandu oleh oleh target pod “Damocles” buatan syarikat Thales daripada Perancis yang dilengkapkan pada pesawat Sukhoi Su-30MKM itu.

Pesawat-pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM itu sememangnya amat unik kerana walaupun ia dibangunkan oleh syarikat pesawat Russia, tetapi turut dilengkapkan dengan beberapa peralatan avionic daripada Barat.

Paveway II
Peluru berpandu AGM-65 Maverick (kiri) dan bom panduan laser GBU-12 Paveway II (kanan). (gambar hiasan)

 

Bom panduan laser GBU-12 Paveway II itu adalah berdasarkan kepada General Purpose Bomb Mk 82 500 pound (227 kg), cuma ia dinaiktaraf untuk dilengkapkan dengan nose-mounted laser seeker dan fins.

Dalam Perang Teluk, Tentera Amerika Syarikat melaporkan bahawa success rate bagi bom GBU-12 Paveway II adalah sekitar 88 peratus, menjadikan ia antara bom panduan laser yang paling kerap digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang NATO.

Bom GBU-12 Paveway II ini sangat tepat dan memiliki Circular Error Probable (CEP) 1.1 meter

“Kejayaan”  TUDM itu merujuk kepada kemampuan pasukan teknikalnya dalam mengintegrasikan peluru pintar NATO (NATO guided munitions) dengan pesawat buatan Russia, sekaligus meluaskan lagi opsyen pada TUDM dan Kementerian Pertahanan.

Kejayaan TUDM dalam certifikasi ordnans NATO di pesawat pejuang Su-30MKM boleh dikatakan merupakan “game changer” kerana ia meluaskan lagi opsyen yang dimiliki oleh perancang-perancang TUDM.

Selain opsyen yang dimilikinya daripada persenjataan daripada Russia, TUDM kini boleh menambah GBU-12 Paveway II dan sistem persenjataan NATO yang lain untuk dibawa serta dilancarkan oleh pesawat-pesawat pejuang Russia yang dimilikinya.

Tidak banyak negara yang memiliki opsyen sebagaimana dimiliki oleh TUDM dalam mengintegrasikan persenjataan NATO di pesawat-pesawat buatan Russia mereka.

TUDM
Gambar kredit TUDM

 

Indonesia dan India juga menggunakan Sukhoi Su-30 dalam tentera udara mereka, sama ada pesawat-pesawat mereka juga berkemampuan untuk melancarkan senjata atau bom-bom panduan laser NATO tidak dapat dipastikan.

Sebab itulah,kejayaan TUDM pada 2016 itu (walaupun tiada pengesahan rasmi daripada TUDM sendiri) dilaporkan secara ekstensif oleh blog-blog dan portal pertahanan luar negara termasuk Defence News (sebuah publication pertahanan Amerika Syarikat).

Portal-portal pertahanan India, Pakistan, Australia dan lain-lain negara turut melaporkan tentang “kejayaan” TUDM itu.

Dan kejayaan TUDM terus diperkatakan sehingga kini. Dahsyat.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...