Menerusi Ops Curiga, TUDM Sentiasa “Curiga” Dengan Kehadiran Pesawat Asing
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi “Ops Curiga” sentiasa memantau mana-mana kehadiran pesawat asing berhampiran ruang udara negara, sebagaimana yang berlaku pada 31 Mei apabila 16 buah pesawat tentera Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force (PLAAF) dikesan di Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.