Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Menerusi Ops Curiga, TUDM Sentiasa “Curiga” Dengan Kehadiran Pesawat Asing

Berucap di Parlimen hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dalam “Ops Curiga” itu TUDM menggunakan radar jarak jauh untuk mengesan kehadiran pesawat-pesawat asing yang cuba mengancam kedaulatan ruang udara negara.

0 2,672

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi “Ops Curiga” sentiasa memantau mana-mana kehadiran pesawat asing berhampiran ruang udara negara, sebagaimana yang berlaku pada 31 Mei apabila 16 buah pesawat tentera Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force (PLAAF)  dikesan di Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

Berucap di Parlimen hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dalam “Ops Curiga” itu TUDM menggunakan radar jarak jauh untuk mengesan kehadiran pesawat-pesawat asing yang cuba mengancam kedaulatan ruang udara negara.

“Di dalam Ops Curiga, TUDM telah menggunakan radar jarak jauh,” katanya sebagai menjawab pertanyaan daripada anggota parlimen Gabungan Parti Sarawak  (GPS-Sibuti) Lukanisman Awang Saunin beberapa hari lepas tentang tindakan kerajaan dalam menangani pencerobohan oleh kapal-kapal dan pesawat tentera China.

Rest assured bahawa TUDM sentiasa memantau sebarang cubaan untuk menceroboh ruang udara negara menerusi operasi beberapa radar jarak jauh.

Kementerian Pertahanan juga sedang dalam proses mendapatkan lebih banyak radar jarak jauh, manakala Amerika Syarikat juga dalam proses menyerahkan radar jarak jauh kepada kita bagi membolehkan pengawasan ruang udara kita lebih ketat.

TUDM
Rajah pencerobohan pesawat tentera China pada 31 Mei lepas. (kredit TUDM)

 

Admin difahamkan bahawa Ops Curiga turut melibatkan operasi pemintasan atau melakukan visual atau radio contact dengan pesawat-pesawat tidak dikenali itu.

Bagaimanapun sebagaimana yang kita tahu, pesawat-pesawat tentera China yang terlibat dalam insiden 31 Mei itu tidak memberi sebarang respons terhadap sebarang cubaan untuk establish radio contact dengannya oleh menara Air Traffic Control (ATC) di Kota Kinabalu.

Disebabkan tindakan pesawat-pesawat tentera China “mendiamkan diri” dan tidak menjawab pertanyaan ATC Kota Kinabalu itu telah menyebabkan TUDM mengerahkan pesawat pejuang Hawk 208 yang berpengkalan di Labuan untuk melakukan “visual contact.”

TUDM telah mengerahkan Hawk daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan.

Daripada visual contact itulah, TUDM mengetahui bahawa 16 buah pesawat tentera China itu terdiri daripada pesawat pengangkut Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM di Zon Maritim Malaysia beberapa bulan lepas. (kredit TUDM)

 

Nasib baik pesawat-pesawat tentera China itu tidak meneruskan penerbangan mereka ke dalam ruang udara Malaysia selepas visual contact oleh pesawat-pesawat Hawk TUDM itu kerana jika ia berlaku sudah pasti insiden yang lebih besar akan menyusul.

Menurut TUDM, “Insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman KEDAULATAN NEGARA dan KESELAMATAN PENERBANGAN berdasarkan kepadatan trafik udara di dalam laluan penerbangan (Airways) di dalam KK FIR.”

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar. “

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” menurut TUDM dalam kenyataan pada 1 Jun lepas.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM. (kredit TUDM)

 

Ia berkata, pesawat-pesawat tentera udara China itu telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, KK FIR.

Ia seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...