Browsing tag

APMM

Tiga Nelayan Vietnam Cedera Terkena Serpihan Tembakan Selepas Cuba Serang Anggota APMM

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tiga nelayan Vietnam cedera terkena serpihan tembakan selepas cuba menyerang anggota penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) kira-kira 80 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Pahang, pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Amran Daud berkata, kejadian berlaku 5.25 pagi apabila anggota Maritim menghampiri bot mereka untuk menjalankan siasatan.

Perairan Pulau Perak, Lokasi “Kegemaran” Pencerobohan Nelayan Jiran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ada apa dengan perairan di sekitar perairan Pulau Perak sehingga begitu menarik minat bot-bot nelayan negara jiran, Indonesia untuk menjadikannya sebagai kawasan yang “paling digemari” untuk aktiviti pencerobohan mereka. Sejak beberapa bulan lepas, banyak sangat insiden pencerobohan nelayan Indonesia di perairan sekitar Pulau Perak, dengan semalam sahaja lapan buah bot nelayan […]

[VIDEO] APMM Letak Kapal OPV Di Beting Patinggi Ali Untuk Kekang China

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sarawak bakal menempatkan sebuah Kapal Peronda Luar Pantai (OPV) KM Tun Fatimah di perairan sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) yang kerap kali diceroboh oleh kapal pengawal pantai China. Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, APMM Sarawak dijangka menerima sebuah OPV selewat-lewatnya Jun tahun ini, […]

Kapal OPV Milik APMM Hampir Siap

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam tempoh terdekat ini, kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang sedang dibina dijangka siap sepenuhnya bagi membolehkan agensi negara itu menguatkuasakan undang-undang maritim negara dengan lebih berkesan. APMM bakal dilengkapi dengan tiga buah kapal OPV yang baharu, dengan yang pertama tidak lama lagi manakala […]

40 Bot Nelayan Indonesia Cuba Ceroboh Perairan Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Usaha mengawal sempadan perairan negara sememangnya mencabar dan terbaru,  40 bot nelayan Indonesia dikesan cuba menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Jarak untuk menangkap ikan. Nasib baik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak telah bertindak dengan pantas dengan mengusir semua bot nelayan negara asing itu. Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan […]

APMM Usir Keluar Tiga Bot Nelayan Indonesia

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Maritim Negeri Perak telah bertindak mengusir tiga bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara pada 5 dan 7 November lepas. Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, bot pertama bersama 5 kru warga Indonesia termasuk tekong diusir oleh KM TUGAU yang dalam rondaan dan penguatkuasaan Op Benteng sekitar […]

“Pelihara Hak Rakyat Kami”, Kata China Kepada Malaysia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “Malaysia perlu memelihara hak-hak rakyat China yang ditahan kerana memasuki perairan negara itu.” Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian (gambar atas) di Beijing semalam mengenai penahanan 60 rakyatnya serta enam buah bot “nelayan” di perairan Tanjung Sedili di Johor pada Jumaat lepas. Kesemua rakyat China […]

Adakah Mereka Nelayan Atau “Militia Maritim”?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penahanan enam bot nelayan China bersama-sama 60 orang nelayan dan enam nakhoda negara Komunis itu di Tanjung Sedili  Jumaat lepas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  telah menimbulkan beberapa persoalan. Apa yang menarik adalah, penahanan bot-bot dan nelayan China itu berlaku beberapa hari sebelum Menteri Luar China Wang Yi mengunjungi Malaysia. […]