Pesawat P-8 Amerika Bantu Tenggelam Kapal Perang Russia “Moskva”

Pesawat peronda maritim P-8 Amerika itu didakwa menjejak kedudukan kapal perang Russia itu sebelum bertindak memberikan koordinat lokasinya kepada tentera Ukraine bagi membolehkan dua butir peluru berpandu anti-kapal “Neptune” membedil dengan tepat kapal perang “Moskva.”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan media-media Barat mendakwa sebuah pesawat peronda maritim P-8 Poseidon milik Tentera Amerika telah membantu dalam serangan peluru berpandu yang menenggelamkan kapal perang “Moskva” Tentera Laut Russia di Odessa,Ukraine baru-baru ini.

Pesawat peronda maritim P-8 Amerika itu didakwa menjejak kedudukan kapal perang Russia itu sebelum bertindak memberikan koordinat lokasinya kepada tentera Ukraine bagi membolehkan dua butir peluru berpandu anti-kapal “Neptune” membedil dengan tepat kapal perang “Moskva.”

Akibat terkena bedilan peluru berpandu itu, kapal perang “Moskva” mengalami kerosakan yang teruk dan tenggelam di dasar Laut Hitam bersama-sama 500 orang anak kapalnya ketika ia sedang ditarik menuju ke Crimea.

Kapal perang “Moskva” Tentera Laut Russia

 

Insiden menimpa kapal cruiser kelas-Slava “Moskva” itu disifatkan penganalisis tentera sebagai kecelakaan paling besar dialami oleh tentera Russia sejak ia menceroboh Ukraine kira-kira 55 hari yang lalu.

Menurut laporan media lagi, pesawat P-8 Amerika itu berlepas daripada pangkalan udara Amerika di Sicily,Itali dan berlegar-legar di ruang udara Laut Hitam berhampiran Romania yang membolehkan ia menjejaki kedudukan kapal perang “Moskva” itu.

Ketika berada di ruang udara Laut Hitam, pesawat P-8 Amerika itu dikatakan telah mematikan sistem penjejaknya bagi memastikan tiada pihak boleh menjejakinya.

Kapal perang “Moskva”

 

Pesawat P-8 itu “hilang” selama tiga jam sebelum ia muncul kembali di dalam aplikasi Flight Radar 24.

Pesawat peronda maritim P-8 itu adalah berdasarkan kepada pesawat komersial 737-800 tetapi dilengkapi dengan pelbagai sistem penderia yang canggih bagi membolehkan ia mengesan kapal-kapal perang dan kapal selam daripada jarak 100 batu.

Menurut penganalisis data aeroangkasa Amelia Smith memberitahu akhbar The Times bahawa bilangan pesawat Amerika di ruang udara Laut Hitam pada hari serangan kapal “Moskva” itu adalah lebih banyak daripada biasa.

Bagaimanapun Tentera Amerika enggan mengesahkan bahawa mereka membantu tentera Ukraine dalam serangan terhadap kapal perang “Moskva” dengan memberikan maklumat perisikan yang membolehkan serangan terhadap kapal perang Russia itu.

Sistem peluru berpandu “Neptune” Ukraine

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Sejak pencerobohan tentera Russia terhadap Ukraine, pelbagai pesawat-pesawat pemantau NATO serta dibantu oleh dron memantau pergerakan tentera Russia daripada kawasan pesisir pantai Poland,sepanjang sempadan Ukraine dan Laut Hitam.

Satu sebab mengapa Barat mahu menghapuskan kapal perang “Moskva” adalah kerana kapal perang yang dilengkapi dengan radar berkuasa tinggi serta sistem pertahanan udara S-300 antaranya memberikan perlindungan udara kepada tentera dan aset-aset tentera Russia di kawasan persekitaran.

Kapal perang “Moskva” itu memberikan “multi-layered air defences” kepada tentera dan aset-aset tentera Russia.

Tanpa “perlindungan udara” disediakan oleh “Moskva”, tentera dan aset-aset tentera Russia itu kini terdedah kepada serangan udara pihak tentera Ukraine. — DSA

 

featuredMoskvaP-8 PoseidonRussia
Comments (0)
Add Comment