Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Mungkin Lancar Peluru Berpandu Dalam Latihan Di Laut Mediterranean

NOTAM adalah makluman untuk memberitahu pesawat atau kapal-kapal tentang potensi bahaya di laluan terbabit dan meminta supaya mengelak daripada menggunakan laluan itu.

0 1,416

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dikatakan telah mengeluarkan NOTAM (Notice to Airmen) meliputi kawasan perairan Laut Mediterranean di selatan daripada Pulau Cyprus di mana kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiringnya sedang beroperasi.

NOTAM adalah makluman untuk memberitahu pesawat atau kapal-kapal tentang potensi bahaya di laluan terbabit dan meminta supaya mengelak daripada menggunakan laluan itu.

Pihak tentera Russia dikatakan sedang bersiap-sedia untuk melancarkan peluru berpandu dalam latihan laut yang sedang dilakukan oleh kapal-kapal perang dan pesawatnya di timur Laut Mediterranean, tidak jauh daripada kedudukan HMS Queen Elizabeth.

Portal pertahanan Russia mengatakan peluru berpandu itu berkemungkinan akan dilancarkan oleh kapal perang, kapal selam atau pesawat negara itu.

Sementara itu agensi berita Russia, Izvestia mengatakan latihan yang sedang dijalankan oleh tentera Russia di Laut Mediterranean itu antara lain melibatkan ujian pemindahan data dan maklumat oleh kapal-kapal berkenaan sasaran yang bakal dibedil oleh peluru berpandu Hypersonik “Kinzhal” dan peluru berpandu KH-22 yang dibawa oleh tiga buah pesawat pengebom Tu-22M3.

MiG-31K
Pesawat MiG-31K bersama peluru berpandu Hypersonic “Kinzhal” mendarat di Pangkalan Udara Khemeimim, Syria. (gambar Kementerian Pertahanan Russia)

 

Dua buah pesawat pejuang MiG-31K tiba di Pangkalan Udara Khmeimim, Syria pada Khamis lepas membawa peluru berpandu Hypersonik “Kinzhal.”

Peluru berpandu Hypersonik itu boleh meluncur selaju 10 Mach dan kemampuan untuk membedil sasaran sejauh 2,000km.

Latihan laut Russia di Laut Mediterranean itu melibatkan sekurang-kurang tujuh buah kapal perang, termasuk dua buah kapal selam Kilo yang berpengkalan di Pangkalan Laut Tartus di Latakia, Syria.

Aset laut Russia yang terlibat dalam latihan adalah sebuah kapal korvet kelas Buyan-M (Project 21631)  dan sebuah kapal peronda kelas Vasiliy Bykov (Project 22160).

Kapal-kapal lain termasuk sebuah kapal friget kelas-Admiral Makarov (Project 11356), kapal cruiser kelas-Moskva (Project 1164) dan kapal friget kelas-Admiral Essen (Project 11356).

Hubungan antara Britain dan Russia amat tegang pada ketika ini, beberapa hari selepas insiden “pencerobohan” kapal HMS Defender terhadap perairan Crimea yang didakwa oleh Moscow sebagai miliknya, walaupun ia tidak diperakui oleh undang-undang antarabangsa.

Queen Elizabeth
Kapal HMS Queen Elizabeth dan kapal selam nuklear kelas-Astute di Laut Mediterranean.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...