Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Amerika Beli Subic Bay, Elak Jatuh Ke Tangan China

Pembelian Subic Bay oleh syarikat Amerika itu melenyapkan kebimbangan kemungkinan bekas pengkalan Tentera Laut Amerika itu jatuh ke tangan China selepas beberapa syarikat daripada negara itu menunjukkan minat untuk memperolehinya.

0 2,290

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah firma ekuiti swasta berpengkalan di Amerika Syarikat, Cerberus Capital Management telah menyelesaikan pembelian Subic Bay, yang sebelum ini berperanan sebagai pangkalan Tentera Laut Amerika di Filipina.

Pembelian Subic Bay oleh syarikat Amerika itu melenyapkan kebimbangan kemungkinan bekas pengkalan Tentera Laut Amerika itu jatuh ke tangan China selepas beberapa syarikat daripada negara itu menunjukkan minat untuk memperolehinya.

Terdapat kebimbangan sekiranya Subic Bay itu jatuh ke tangan syarikat China, ia akan memberikan Beijing dan tenteranya akses kepada Laut China Selatan, yang sememangnya menjadi idaman mereka.

Subic
Kedudukan Subic Bay

 

Pada 2019,beberapa syarikat China telah menyatakan hasrat untuk membeli Subic Bay yang dimiliki oleh syarikat Korea Selatan, Hanjin Heavy Industries dan Construction of South Korea tetapi terpaksa melepaskannya selepas diisytiharkan muflis.

Syarikat-syarikat China dikatakan mensasarkan pembelian Subic Bay itu kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Laut China Selatan.

Syarikat Cerberus Capital dikatakan membayar US$300 juta (RM1.2 bilion) untuk memperolehi Subic Bay itu.

China
Kapal destroyer, Type 055 Tentera Laut China

 

“Adalah sesuatu yang amat baik untuk menyaksikan pembelian limbungan kapal Hanjin oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Ia adalah contoh terbaik dalam perkongsian awam-swasta di antara Amerika Syarikat dan Filipina,” menurut Naib Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Bagi Hal Ehwal Keselamatan Indo-Pasifik Ely Ratner.

Duta Filipina ke Amerika Syarikat Jose Manuel Romualdez pembelian Subic Bay oleh Cerberus akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua negara, memberikan pekerjaan kepada penduduk tempatan, meningkatkan aktiviti ekonomi dan memperkukuhkan lagi hubungan strategik Manila-Washington.

 

China
Kapal perang China dalam satu latihan baru-baru ini.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

“Bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam projek ini (pembelian Subic Bay oleh Cerberus) akan memastikan kita mampu melindungi kepentingan bukan hanya untuk kita tetapi untuk seluruh rantau,” kata duta Filipina itu.

Setiausaha Luar Filipina Teddy Locsin pula berkata transaksi pembelian Subic Bay oleh Cerberus itu adalah antara kerjasama awam-swasta di antara Filipina dan Amerika Syarikat paling besar dalam sejarah 75 tahun kedua-dua negara.

Pemilik bersama Cerberus, Steve Feinberg mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Filipina dan Amerika Syarikat yang membantu dalam merealisasikan pembelian Subic Bay itu seluas 300 hektar. — DSA

 

Comments
Loading...