Persaingan Kini Antara FA-50 Block 20 Dan M-346FA?

Sumber memberitahu Defence Security Asia bahawa persaingan tender untuk membekalkan 18 buah pesawat FLIT/LCA kepada TUDM kini adalah diantara FA-50 Block 20 buatan Korea Selatan/Amerika Syarikat dan M-346FA buatan syarikat Itali.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tender antarabangsa Kementerian Pertahanan untuk memperolehi 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) telah pun ditutup secara rasminya pada 6 Oktober tahun lepas dan sejak daripada tarikh itu bermulalah tugas berat pasukan penilai untuk menentukan pemenangnya.

Tender perolehan 18 buah pesawat untuk TUDM yang dijangka menelan belanja sehingga RM4 bilion itu telah menarik minat beberapa syarikat pembuat pesawat yang mempertaruhkan pesawat-pesawat keluaran mereka dalam tender itu.

Di antara enam hingga lapan syarikat dikatakan menyertai tender antarabangsa Kementerian Pertahanan bagi pesawat-pesawat FLIT/LCA itu seperti Korea Industries Aerospace (KAI), Hindustan Aeronautics Ltd (HAL), Pakistan Aeronautical Complex/Chengdu Aircraft Industry Group serta China National Aero-Technology Import & Export Corp (CATIC).

 Selain itu syarikat Leonardo dan Saab Group daripada Sweden turut menyertai tender.

Sebagaimana yang telah kita saksikan sejak beberapa minggu lepas, persaingan untuk membekalkan 18 buah pesawat FLIT/LCA kepada TUDM itu adalah amat sengit, dengan syarikat-syarikat terlibat mengemukakan pelbagai tawaran menarik kepada Malaysia.

Pesawat Leonardo M-346

 

Daripada tawaran “final assembly line,” pusat Maintenance, Overhall and Refurbishment (MRO) kepada local production dan lain-lain.

Walaupun persaingan untuk membekalkan 18 buah pesawat itu amat sengit, namun Defence Security Asia (DSA) telah dimaklumkan oleh sumber-sumber dipercayai  bahawa pada ketika ini dua jenis pesawat FLIT/LCA berada di hadapan persaingan berdasarkan beberapa “kekuatan teknikal” yang dimilikinya itu.

 Kedua-dua pesawat itu adalah FA-50 Block 20 yang dibangunkan oleh KAI dan juga pesawat M-346 FA (Fighter Aircraft) yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo.

“Nampaknya, kedua-dua pesawat itu berada di hadapan persaingan kerana beberapa faktor teknikal dan secara lojiknya juga, kedua-dua pesawat itu adalah pilihan yang selamat bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).”

Apa yang dimaksudkan “selamat” oleh sumber terbabit?

Panglima Tentera Udara pada ketika itu sedang meninjau keadaan dalam kokpit pesawat M-346, (circa 2017 -kredit pix Leonardo)

 

“Selamat” yang dimaksudkan oleh sumber itu adalah kedua-dua pesawat FLIT/LCA itu telah digunakan oleh banyak negara termasuk di negara-negara serantau dan ia adalah pilihan yang “proven”, dengan security di dalam rangkaian alatan ganti serta infrastruktur bantuan sedia ada.

Pada ketika ini, pesawat FA-50/TA-50 selain digunakan sendiri oleh Tentera Udara Korea Selatan (kira-kira 60 buah) pesawat itu turut digunakan oleh negara-negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Manakala bagi pesawat Leonardo M-346 pula, sejak 2012 pesawat itu telah pun digunakan oleh negara jiran kita iaitu Tentera Udara Singapura, selain pelanggan-pelanggan lain seperti Tentera Udara Itali, Poland dan Israel.  

Pesawat FA-50 dan M-346 telah mencapai tahap “maturity” tertentu yang membuatkan pelanggan dan bakal pelanggannya berasa selesa untuk menggunakannya.

KAI menerusi rakan tempatannya juga telah memaklumkan beberapa tawaran yang amat menarik sekiranya Malaysia memilih pesawat FA-50.

Pesawat FA-50 buatan Korea Aerospace Industries (KAI).

 

 Selain daripada FA-50 dan Leonardo M-346 yang menikmati kejayaan di pasaran eksport, pesawat-pesawat lain seperti Tejas, JF-17 dan L-15 Hongdu hanya digunakan oleh negara pembuat dan gagal dieksport ke negara luar.

Manakala Hurjet yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) masih di dalam keadaan prototaip, dengan penerbangan pertama akan hanya berlaku pada tahun depan.

Pesawat Hurjet itu disifatkan seperti “bayi yang baru merangkak”, menurut pemerhati.

Bagi MiG-35 pula, ia hanya digunakan oleh Tentera Udara Russia dalam bilangan yang amat kecil pada ketika ini, selain dakwaan bahawa ia hanyalah sebuah pesawat pejuang yang telah “di-rebranding” daripada pesawat MiG-29 sebelum ini.

Bersediakah TUDM atau Kementerian Pertahanan menanggung risiko menggunakan pesawat prototaip atau pesawat-pesawat yang tidak digunakan oleh negara lain selain negara pengeluar pesawat itu sendiri?

KAI menawarkan pesawat FA-50 Block 20 dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti “Sniper Advance Targeting Pod,” 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

KAI membangunkan pesawat FA-50 dengan kerjasama Lockheed Martin, maka tidak hairanlah kita dapat lihat DNA industri aeroangkasa Amerika Syarikat pada pesawat pejuang itu.

Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) untuk melakukan pengisian minyak di udara dan Link 16 Block Upgrade 2.

Kemudahan AAR Probe itu akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu berkemampuan beroperasi pada jarak yang lebih jauh dan lebih lama.

Selain itu terdapat juga opsyen untuk kerja-kerja menaiktaraf yang boleh dilakukan pada masa depan kerana perkara yang akan dinaiktaraf itu masih di dalam proses pembangunan pada ketika ini oleh KAI.

Pesawat FA-50 terbang bersama F-16

 

Antaranya, termasuklah 300 gelen External Fuel Tanks dan kemampuan Beyond Visual Range (BVR) dalam bentuk peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 (AMRAAM).

Sedikit lagi penambahbaikan dan naik taraf, pesawat FA-50 Block II yang ditawarkan oleh KAI sudah boleh dikategorikan sebagai pesawat MRCA (Multi Role Combat Aircraft).

Soal mengenai penggunaan komponen Israel oleh pesawat FA-50 Block 20 juga dijangka memberikan banyak masalah kerana KAI telah memberikan komitmen untuk menggantikannya dengan komponen sama buatan Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Varian terbaru M-346FA menurut syarikat Leonardo, direkabentuk untuk memberikan peningkatan keupayaan untuk angkatan tentera yang berada di lapangan.

 Leonardo berkata, varian FA (Fighter Attack) yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan TUDM itu boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai tugas di medan tempur seperti ground support termasuk untuk misi-misi serangan udara-ke-darat, taktikal, close air support (CAS) dan counter-insurgency (COIN).

Pesawat pejuang FA-50 buatan syarikat Korea Aerospace Industris.

 

 Pesawat dua enjin itu juga boleh dilengkapkan dengan peluru-peluru pintar (precision guided munitions –PGM).

Selain itu, varian M-346FA itu dibangunkan untuk memberikan latihan kepada juruterbang, pertempuran udara, penguatkuasaan dan kawalan ruang udara serta pemantauan taktikal.

Varian pesawat dua tempat duduk M-346FA keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan digital glass cokpit.

Selain itu pesawat turut memiliki LCD multi-function displays, head-up display, alatan night vision goggle (NVG), sistem voice command, sistem self-protection, sistem helmet-mounted display (HMD), navigasi dan komunikasi serta sistem traffic collision avoidance. — DSA

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

FA-50featuredFLIT-LCAM-346TUDM