Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KAI Jangka MINDEF Buat Keputusan Tender FLIT/LCA Suku Pertama Tahun Depan

Gergasi pertahanan dan aeroangkasa Korea Selatan itu menawarkan pesawat FA-50 Block 20 kepada Malaysia dalam kontrak yang dianggarkan bernilai RM4 bilion.

0 4,155

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) menjangkakan Malaysia akan membuat keputusan mengenai pemenang tender 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) dalam suku pertama pertama tahun depan.

Gergasi pertahanan dan aeroangkasa Korea Selatan itu menawarkan pesawat FA-50 Block 20 kepada Malaysia dalam kontrak yang dianggarkan bernilai RM4 bilion.

Perkara itu dilaporkan oleh portal perniagaan Korea Selatan, Business Korea dalam laporan beritanya semalam berdasarkan kepada laporan penganalisa daripada Shihan Investment Corp.

Menurut portal perniagaan Korea Selatan itu lagi, selain daripada Malaysia syarikat pertahanan itu juga menjangkakan kerajaan Senegal akan membuat keputusan perolehan pesawat FA-50 pada suku pertama tahun depan juga.

KAI merupakan salah satu daripada lapan buah syarikat pembuat pesawat antarabangsa yang menyertai tender terbuka antarabangsa bernilai kira-kira RM4 bilion untuk membekalkan 18 buah pesawat FLIT/LCA kepada Malaysia.

FA-50

Pihak Defence Security Asia telah mengesahkan bahawa syarikat KAI telah menawarkan varian FA-50 Block 20 kepada Malaysia dalam tender Kementerian Pertahanan itu.

Perkara itu diakui oleh Maj (B) Mohd Iswandi Mohd Sharif, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kemalak Systems Sdn Bhd, yang merupakan rakan kerjasama tempatan bagi syarikat pembuat pesawat dan pertahanan Korea Selatan itu.

Tender itu adalah untuk menggantikan pesawat-pesawat Hawk 100 dan Hawk 200 serta Aermacchi MB-339CM yang digunakan oleh TUDM.

FA-50

Antara syarikat-syarikat pembuat pesawat antarabangsa yang menyertai tender terbuka kementerian Pertahanan termasuklah CATIC daripada China yang menawarkan pesawat Hongdu L-15B.

Syarikat Turkey Aerospace Industries pula menawarkan pesawat LCA, Hürjet, manakala syarikat Itali, Leonardo menawarkan pesawat M-346 manakala Hindustan Aeronautics Ltd daripada India pula menawarkan pesawat Tejas.

Syarikat Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd — yang 71.43 peratus daripadanya dikuasai oleh National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) milik Tan Sri Ahmad Johan, 23 peratus oleh syarikat,  Russian Aircraft dan 4.76 peratus oleh Rosoboronexport pula menawarkan pesawat MIG -35.

Gripen E
Pesawat JAS 39 Gripen (Griffon) yang dibangunkan oleh syarikat Saab Group daripada Sweden.

 

Syarikat Saab Group juga dikatakan menawarkan pesawat Gripen untuk program FLIT/LCA Malaysia itu, walaupun pesawat itu agak over-qualified bagi kategori itu,sama seperti yang dilakukan oleh MiG-35.

Syarikat Leonardo juga merupakan salah sebuah syarikat yang menyertai persaingan untuk membekalkan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer (FLIT)/Light Combat Aircraft (LCA) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Untuk Malaysia, Leonardo dilaporkan telah menawarkan varian pesawat M-346 yang terbaru iaitu M-346FA (Fighter Attack).

 — DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...