Perancis Tegaskan Ia Tidak Akan Halang Penjualan Peluru Berpandu METEOR Pada Turkiye
Greek dilaporkan berang dengan Perancis kerana kuasa Eropah itu didakwa telah memberikan kebenaran kepada Turkiye untuk memperolehi peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR bagi digunakan pada pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang ia bakal ia perolehi.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perancis menegaskan bahawa ia tidak akan mencampuri urusan perolehan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR kepada Turkiye, sekaligus menolak gesaan Greek memintanya supaya bertindakan menghalang penjualan peluru berpandu itu kepada musuh tradisinya.
Pendirian Perancis itu dinyatakan oleh Menteri Angkatan Tenteranya Sebastien Lecornu dalam sidang di Parlimen negara itu baru-baru ini.
Walaupun mengakui bahawa Greek telah meminta supaya Perancis menghalang penjualan peluru berpandu METEOR itu kepada Turkiye, tetapi pada masa menjelaskan bahawa isu penjualan itu adalah diluar urusan kerajaan pimpinan Emannuel Macron.
“Kami tidak mengawal eksport senjata Britain. Adakah kami terlibat dalam perkara ini? Tidak. Kami bukan pihak yang menjual platform tersebut (METEOR) kepada Türkiye,” kata Lecornu.
“Perancis sentiasa berada di pihak yang benar—di pihak rakyat Perancis.”
“Saya percaya kita tidak mempunyai pilihan selain menggunakan diplomasi, rundingan, dan yang paling penting, mencari jalan untuk semua pihak terlibat dalam dialog bagi mencapai penyelesaian,” katanya, memberi bayangan bahawa Greek tidak mempunyai pilihan selain menerima penjualan peluru berpandu METEOR itu kepada Turkiye.
Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “METEOR”
Greek dilaporkan berang dengan Perancis kerana negara Eropah itu didakwa telah memberikan kebenaran kepada Turkiye untuk memperolehi peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR bagi digunakan pada pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang ia akan perolehi.
Disebabkan berang dengan Paris, Menteri Pertahanan Greek Nikos Dendias telah bertindak memanggil Duta Perancis ke Greek, Laurence Auer bagi membantah keras cadangan penjualan METEOR itu dan meminta duta terbabit menjelaskan tentang laporan penjualan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) METEOR kepada Turkiye itu.
“Saya telah menyampaikan kepada Duta Perancis tentang tentangan kuat Greek terhadap kemungkinan tersebut (penjualan peluru berpandu METEOR kepada Turkiye), yang tidak selaras dengan hubungan strategik erat yang telah dinikmati oleh kedua-dua Greek dan Perancis sehingga kini,” tulis Dendias di dalam platform media sosial, X.
Greek sebenarnya bimbang perolehan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR oleh Turkiye menerusi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang bakal dimilikinya itu akan menghakis kekuatan udaranya yang kini berada di hadapan berbanding Ankara berikutan perolehan pesawat pejuang Rafale daripada Perancis.
Cadangan penjualan 40 buah pesawat pejuang varian terkini Eurofighter Typhoon yang dilengkapi peluru berpandu udara-ke-udara METEOR kepada Turkiye telah menyebabkan hubungan antara Britain, Perancis, dan Greek menjadi begitu tegang.
Turkiye dilaporkan meletakkan syarat bahawa ia akan hanya memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu sekiranya ia turut dibenarkan memperolehi peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR dan kini hasratnya ditunaikan.
METEOR BVR AAM
Turkiye bakal memperolehi varian terkini pesawat pejuang Eurofighter Typhoon iaitu Tranche 4.
Dilengkapi dengan radar AESA CAPTOR E, Eurofighter Typhoon Tranche 4 dikatakan adalah varian pesawat pejuang termoden Eropah yang boleh berkhidmat sehingga ke tahun 2060.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh atau Beyond Visual Range (BVRAAM) METEOR didakwa adalah peluru berpandu udara-ke-udara terbaik dunia, mengatasi AIM-120 AMRAAM yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “Meteor” yang dipandu menggunakan radar(radar guided) itu dilaporkan berkemampuan meluncur selaju Mach 4 dan membedil sasaran udara sejauh 200km.
“Meteor” adalah peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan boleh diintergrasikan dengan pelbagai jenis pesawat pejuang seperti Eurofighter Typhoon, Gripen, Rafale,F-35 dan kini KF-21 “Boramae”.
Panjang keseluruhan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “Meteor” adalah 3.65 meter.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR itu telah direka bentuk untuk menawarkan keupayaan serangan jarak jauh yang unggul, keupayaan membedil sasaran dengan tepat, dan tahap kelangsungan survivalbiliti yang tinggi dalam persekitaran yang mencabar.
“METEOR BVR”
Asas kepada prestasi cemerlang peluru berpandu udara-ke-udara METEOR ialah sistem propulsion.
Berbeza dengan peluru berpandu konvensional yang menggunakan kuasa roket, peluru berpandu METEOR dilengkapi dengan enjin ramjet dengan bahan api solid fuel.
Sistem propulsion yang canggih ini membolehkan peluru berpandu tersebut mengekalkan kelajuan tinggi—melebihi Mach 4—sepanjang penerbangannya, memberikan ia kelebihan ketara berbanding peluru berpandu biasa yang semakin perlahan apabila menghampiri sasaran.
Spesifikasi Teknikal Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Jarak Jauh METEOR (BVRAAM)
Pengeluar: MBDA (Syarikat pertahanan pan-Eropah)
Peranan: Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Jarak Jauh (BVRAAM)
Sistem Panduan: Panduan radar aktif dengan panduan pertengahan inersia dan kemas kini pautan data
Pendorong: Ramjet saluran berubah aliran dengan bahan api pepejal (solid-fuel ramjet)
Kelajuan: Melebihi Mach 4 (sekitar 4,900 km/j)
Jarak: Lebih daripada 100 km (diklasifikasikan; dianggarkan sehingga 200 km)
Panjang: 3.65 meter
Diameter: 178 mm
Berat: Kira-kira 190 kg
Kepala Peledak: Letupan tinggi dengan serpihan letupan dan fius impak pintar serta fius jarak dekat