Jepun Ubahsuai Kapal Perang “JS Izumo” Menjadi Kapal Pengangkut Pesawat, China Berang

Flight deck kapal seberat 28,000 tan itu kini telah memiliki tanda-tanda (markings) dipercayai antara usaha menyeluruh oleh pihak tentera Jepun untuk membolehkan ia menempatkan pesawat-pesawat STOVL (Short Take Off  Vertical Landing) daripada jenis F-35B Lightning yang bakal dimiliki oleh  Jepun itu di atas kapal itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar-gambar terbaru kapal multi-purpose destroyer Tentera Laut Jepun, “JS Izumo” yang juga adalah kapal perang terbesar negara itu menunjukkan bahawa Jepun telah pun memulakan kerja-kerja untuk mengubahsuai kapal itu menjadi kapal-kapal pengangkut pesawat. (menyerupai peranan yang dimainkan kapal Amphibious Assault Ship USS America dan lain-lain)

Dan Beijing sudah pasti tidak menyukainya.

Flight deck kapal seberat 28,000 tan itu kini telah memiliki tanda-tanda (markings) dipercayai antara usaha menyeluruh oleh pihak tentera Jepun untuk membolehkan ia menempatkan pesawat-pesawat STOVL (Short Take Off  Vertical Landing) daripada jenis F-35B Lightning yang bakal dimiliki oleh  Jepun itu di atas kapal itu.

Jepun telah pun memesan 105 buah pesawat F-35 untuk tentera udaranya, dengan kira-kira 40 adalah di dalam versi F-35B STOVL. (Jepun kata pesawat-pesawat STOVL itu akan beroperasi di darat)

Tokyo tidak pernah mengesahkan atau menafikan spekulasi tentang usaha mengubahsuai JS Izumo JS Kaga, tetapi gambar-gambar terbaru itu nampaknya telah mengesahkan usaha kearah itu.

Tindakan Jepun mengubahsuai JS Izumo serta “kembarnya”, JS Kaga untuk menjadi kapal pengangkut pesawat amat tidak disenangi oleh China yang mendakwa Tokyo mempunyai cita-cita untuk kembali menjadi kuasa tentera sebagaimana yang berlaku pada Perang Dunia Kedua.

Gambar sebelum kerja-kerja pengubahsuaian, tiada marking di atas flight dek kapal JS Izumo.

 

Beijing pernah menyuarakan kegusaran mereka terhadap rancangan Jepun mengubahsuai JS Izumo dan JS Kaga, meminta Tokyo supaya membatalkan hasrat mereka itu.

Jepun dan China juga memiliki pertikaian wilayah membabitkan Kepulauan Senkaku.

Seorang jurucakap Kementerian Luar China pernah dipetik sebagai berkata bahawa Jepun perlu melakukan usaha yang lebih untuk memupuk kepercayaan dan kedamaian serta kestabilan serantau.

Selain JS Izumo dan JS Kaga, Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defence Force) juga memiliki dua lagi buah kapal seumpama iaitu JS Hyuga dan JS Ise.

Bagaimanapun, saiz kedua-dua kapal tidak mampu menandingi JS Izumo dan JS Kaga.

Kedua-dua kapal kelas-Izumo itu dianggarkan bernilai lebih US$1 billion setiap satu dan mula  ditauliahkan di dalam perkhidmatan JMSDF pada tahun 2015 dan 2017.

Kapal JMSDF “Izumo”

 

Untuk kapal pertama iaitu Izumo, pembinaannya bermula pada 2011.

Tugas-tugas utama JS Izumo dan JS Kaga yang direkabentuk pada asalnya untuk membawa helikopter adalah peperangan anti-kapal selam (ASW), operasi kemanusiaan dan untuk tinjauan (surveillance).

Kedua-dua kapal itu mampu membawa kira-kira 400 anggota tentera Jepun setiap satu kapal dan tujuh buah helicopter  ASW dan dua buah helikopter SAR  bagi menyokong operasi anti-kapal selamnya.

Terdapat juga laporan mengatakan Jepun bakal meletakkan pesawat Osprey di kapal “Izumo” dan “Kaga” pada masa depan.

Untuk sistem pertahananny, “Izumo” dan “Kaga” masing-masing membawa dua unit CIWS (Close In Weapon System) dan dua unit peluru berpandu “SeaRam.”.

Bagaimanapun, ia akan diiringi oleh kapal-kapal perang lain dalam setiap pelayarannya sebagai jaminan keselamatannya.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

F-35BJepunJS IzumoJS KagaLiaoning