Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Perolehi 40 Laras Sniper Raifal Barrett M82A1 12.7mm Untuk Tugas Anti-Materiel

Sebagaimana yang kita tahu, beberapa unit di dalam ATM Grup Gerak Khas, Paskal, Paskau dan Briged Para merupakan pengguna sedia ada bagi sniper rifle Barret 12.7mm itu dan dengan penambahan sniper rifle Barret ini bermakna lebih banyak unit di dalam ATM akan dilengkapi dengan raifal ini.

0 4,618

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal memperolehi 40 laras semi-automatic anti-materiel sniper raifal M82A1 12.7mm yang dibangunkan oleh firma Amerika Syarikat,  Barrett Firearms yang berpengkalan di Tennessee.

Menurut portal pertahanan, Malaysia Defence, tender Kementerian Pertahanan bagi pembelian sniper raifal ini telah diiklankan pada 2019 dan kemungkinan besar proses penghantaran akan berlaku tidak lama lagi.

Sebagaimana yang kita tahu, beberapa unit di dalam ATM Grup Gerak Khas, Paskal, Paskau dan Briged Para merupakan pengguna sedia ada bagi sniper rifle Barret 12.7mm itu dan dengan penambahan sniper rifle Barret ini bermakna lebih banyak unit di dalam ATM akan dilengkapi dengan raifal ini.

Terdapat juga laporan mengatakan sniper rifle M82A1 12.7mm ini akan menggantikan sniper rifle NTW 20mm buatan Afrika Selatan bagi tugas-tugas anti-materiel di dalam Tentera Darat.

Tentera Darat dipercayai memperolehi sniper rifle NTW 20mm untuk tugas-tugas anti-materiel sekitar tahun 1990-an.

Gambar kredit Tentera Darat

 

Sniper rifle Barrett M82A1 12.7mm ini berat di antara 13kg hingga 14kg dengan jarak maksima tembakannya adalah kira-kira 1.8km hingga 2km.

Media Barat mendakwa sniper rifle Barrett M82A1 12.7mm ini adalah senapang raifal yang paling bahaya di dunia, dengan kira-kira 60 buah negara seluruh dunia menggunakannya.

Sementara itu portal Malaysia Defence itu juga mengatakan bahawa ATM juga akan memperolehi  kira-kira 40 buah Thermal Imagers buatan sebuah syarikat Jerman yang dikenali dengan nama “Jenoptik Nyxus Bird Long Range hand-held thermal imagers.”

Thermal Imagers buatan syarikat yang berpengkalan di bandar Jena di Jerman itu bakal digandingkan dengan sniper rifle Barrett M82A1 12.7mm untuk tugas-tugas pada waktu malam.

“Jenoptik Nyxus Bird Long Range hand-held thermal imagers.”

 

Sistem ini bertindak untuk tugas-tugas military reconnaissance dan target acquisition.

Selain dilengkapi dengan Forward Looking Infra-Red (FLIR) yang memberikan anggota itu pandangan yang jelas walaupun dalam keadaan total darkness dan keadaan berasap,  sistem Nyxus Bird ini berkemampuan sebagai laser-rangefinder, digital magnetic compass dan built-in GPS receiver.

Berat sistem ini hanya 1.6kg.

Bagi sniper rifle kaliber 7.62mm pula, portal pertahanan itu berkata bahawa Accurracy International AX308 menjadi pilihan.

Accurracy International AX308

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...