Amerika Umum Potensi Penjualan 12 F-16 C/D, Peluru Berpandu Kepada Filipina Bernilai US$2.5 Bilion

Semalam, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan potensi penjualan pesawat-pesawat pejuang itu serta peluru berpandu Sidewinder dan Harpoon dalam perjanjian yang dianggarkan bernilai US$2.5 billion.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara jiran kita, Filipina berkemungkinan bakal dilengkapi dengan 12 buah pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon, sekiranya rundingannya dengan Amerika Syarikat untuk perolehan pesawat itu berjalan lancar.

Semalam, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan potensi penjualan pesawat-pesawat pejuang itu serta peluru berpandu Sidewinder dan Harpoon dalam perjanjian yang dianggarkan bernilai US$2.5 billion.

Jika rundingan antara Manila dan Washington itu berjaya, Tentera Udara Filipina akan mengoperasi 10 buah pesawat F-16C Block 70/72 dan dua buah F-16D Block 70/72 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Selain itu, pakej penjualan oleh Amerika Syarikat itu juga meliputi pembelian 12 buah peluru berpandu lancaran udara Harpoon Block II, dua peluru berpandu latihan, alat ganti dan perkakas lain yang dibuat oleh syarikat Boeing.

Pesawat-pesawat F-16 itu juga akan dilengkapi dengan 24 buah peluru berpandu AIM-9X Sidewinder Block II, 24 buah peluru berpandu latihan, alat ganti yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon Technologies.

Peluru berpandu Harpoon.

 

Menurut syarikat Lockheed Martin, pesawat-pesawat F-16 itu akan memainkan peranan yang besar dalam memperkukuhkan hubungan strategik di antara Manila dan Washington, selain menjadikan Tentera Udara Fiipina operator terbaru pesawat pejuang itu di Asia Tenggara.

Jika Filipina memilih F-16, negara itu akan menyertai Singapura, Indonesia dan Thailand sebagai negara-negara pengguna pesawat pejuang itu di Asia Tenggara.

Walaupun Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan potensi penjualan pesawat F-16 itu kepada Filipina, tetapi ia tidak bermakna bahawa penjualan pesawat pejuang itu adalah muktamad kerana masih adalah banyak lagi proses rundingan akan berlaku antara kedua-dua negara.

Peluru berpandu Sidewinder

 

Sebab itu, kenyataan Washington hanya mengatakan ia adalah “potensi penjualan.”

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, Filipina juga menyatakan bahawa ia berminat untuk memperolehi pesawat pejuang buatan Sweden,Gripen C/D kerana harganya yang jauh lebih murah selain teknologi yang ditawarkan.

Sekarang ini, Filipina kena tengok dan bandingkan pakej penjualan manakah yang lebih menarik? Adakah F-16 atau Gripen.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatF-16 C/DFilipinaHarpoonSidewinder