Amerika Minta Turki Hantar Sistem Pertahanan Udara S-400 Miliknya Ke Ukraine
Amerika Syarikat dikatakan telah memujuk beberapa negara yang rapatnya dengannya untuk memindahkan sistem pertahanan udara S-400 dan juga S-300 ke Ukraine bagi membantu negara itu menangani pencerobohan tentera Russia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dilaporkan telah meminta Turki untuk menghantar sistem pertahanan udaranya, S-400 buatan Russia miliknya ke Ukraine bagi membantu negara itu mempertahankan dirinya daripada serangan Russia.
Berdasarkan kepada laporan agensi berita Reuters, cadangan itu telah pun dikemukakan kepada pegawai-pegawai Turki ketika lawatan Naib Setiausaha Negara Amerika Syarikat Wendy Sherman ke Turki pada awal bulan ini.
Diperolehi pada 2019, sistem pertahanan S-400 yang diperolehi Turki itu merupakan punca kepada ketegangan hubungan di antara Ankara dan Washington.
Amerika Syarikat mendakwa sistem S-400 buatan Russia yang diperolehi oleh Turki itu berkemampuan menjejaskan pesawat F-35 dan sekaligus mengeluarkan Ankara daripada pembangunan pesawat generasi kelima itu.
Washington turut mengenakan sekatan senjata terhadap Turki dan menghalang negara Mediterranean itu daripada terlibat dalam program pembangunan pesawat F-35 serta memperolehi kira-kira 100 buah pesawat canggih itu.
Turki mendakwa sistem pertahanan udara S-400 boleh beroperasi secara sendiri tanpa memerlukan integrasi dengan sistem pertahanan udara NATO, sekaligus menafikan kenyataan Washington bahawa ia mengancam pesawat F-35.
Amerika Syarikat dikatakan telah memujuk beberapa negara yang rapatnya dengannya untuk memindahkan sistem pertahanan udara S-400 dan juga S-300 ke Ukraine bagi membantu negara itu menangani pencerobohan tentera Russia.
Tidak pasti setakat ini negara manakah yang bersetuju dengan cadangan Washington itu.
Amerika Syarikat dikatakan telah menawarkan untuk membenarkan kembali Turki memperolehi pesawat F-35 itu sekiranya ia bersetuju untuk memindahkan sistem pertahanan udara S-400 itu ke Ukraine.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Turki yang berkongsi sempadan dengan Russia dan Ukraine, mengekalkan hubungan baik dengan kedua-dua negara jirannya itu dan telah menawarkan untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian antara Moscow dan Kiev yang telah memasuki minggu keempat.
Bagaimanapun penganalisis menjangkakan Turki sudah hampir pasti akan menolak permintaan Amerika Syarikat supaya Ankara memindahkan sistem pertahanan udara S-400 itu.– DSA
Comments are closed.