Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amaran AS Pada China Menerusi “Kunjungan” Kapal Selam USS Nevada Ke Guam

Kapal selam SSBN “USS Nevada” ini bukan calang-calang kapal selam kerana di dalam perutnya, tersimpan 20 buah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) “Trident” yang mampu membedil sasaran sejauh 12,000km (jarak tepat masih dirahsiakan)

0 8,215

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 15 Januari lepas, Tentera Laut Amerika mengumumkan bahawa sebuah kapal selam berkuasa nuklearnya (SSBN) yang membawa peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) daripada kelas-Ohio, “USS Nevada” telah berlabuh di pangkalan tenteranya di Guam.

Kapal selam SSBN “USS Nevada” ini bukan calang-calang kapal selam kerana di dalam perutnya, tersimpan 20 buah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) “Trident” yang mampu membedil sasaran sejauh 12,000km (jarak tepat masih dirahsiakan)

Sebenarnya, “kunjungan” kapal selam nuklear SSBN itu ke Guam adalah perkara yang jarang-jarang terjadi kerana ia disimpulkan oleh pemerhati pertahanan sebagai memberikan “petanda” kepada China supaya tidak mengambil apa-apa tindakan yang bodoh berhubung isu Taiwan.

Ia mahu memberitahu kepada China supaya tidak mengambil apa-apa tindakan yang bodoh di Selat Taiwan walaupun sebahagian besar tumpuan kekuatan tentera Amerika Syarikat pada ketika ini adalah terhadap Ukraine yang berhadapan dengan pencerobohan daripada Russia.

“Dengan mengumumkan kunjungan kapal selam USS Nevada di Guam, ia seolah-olah memberitahu ‘sesuatu’ kepada China,” kata felo kanan di Heritage Foundation Brent Sadler, yang pernah bertugas di kapal selam itu sebagai pegawai peluru berpandu nuklear.

SSBN
USS Nevada

 

Kapal selam nuklear USS Nevada bersama-sama tujuh kapal selam SSBN yang lain, beroperasi daripada Pangkalan Laut Kitsap di Washington.

Enam lagi kapal selam nuklear SSBN yang lain beroperasi daripada Pangkalan Laut King Bay di Georgia untuk operasi di Lautan Atlantik.

Kesemua kapal selam nuklear SSBN yang beroperasi di pangkalan-pangkalan laut Kitsap dan King Bay merupakan elemen kekuatan peluru berpandu nuklear Amerika Syarikat, bersama-sama peluru berpandu balistik antara benua yang ditempatkan di darat dan pesawat-pesawat tentera udara.

SSBN
USS Nevada

 

Kapal-kapal selam nuklear SSBN Amerika Syarikat amat jarang-jarang melakukan lawatan di luar pangkalan laut di luar Amerika Syarikat dan Hawaii.

“Anda mampu membedil mana-mana sasaran di China daripada mana-mana lokasi kapal selam nuklear SSBN ini beroperasi. Saya tidak perlu menghantar kapal selam ini (SSBN) ke Guam, bagaimanapun, kehadiran kapal selam ini (di Guam) telah menghantar mesej yang jelas kepada China,” kata Sadler.

“Jika anda berada di Beijing dan anda mengetahui kapal selam itu (USS Nevada) berada dekat, mereka mungkin berfikiran bahawa masa untuk memberikan reaksi (sekitarnya serangan dilancarkan terhadap Beijing) adalah amat terhad.”

SSBN
Pelancaran ICBM “Trident”

 

Bekas krew kapal selam dan felo di Center For A New American Security Tom Shugart pula berkata bahawa tindakan Tentera Laut Amerika Syarikat mengumumkan kunjungan USS Nevada di Guam adalah suatu perkara yang “jarang-jarang berlaku.”

“Setahu saya,  tidak ada kapal selam nuklear SSBN Amerika Syarikat singgah di Guam di dalam tempoh lima tahun. Mesejnya (kunjungan kapal selam itu) adalah, kami boleh menghantar mana-mana kapal selam SSBN di mana-mana lokasi di Pasifik dan China tidak boleh berbuat apa-apa, “ katanya.

Beliau berkata, walaupun China telah mencapai suatu tahap dalam permodenan di dalam angkatan tenteranya tetapi ia masih berhadapan dengan jalan sukar dalam mengesan kedudukan kapal selam Amerika Syarikat.

SSBN
USS Georgia di Limassol, Cyprus

 

“Kapal selam itu adalah suatu platform yang halimunan, mereka (kapal selam) mempunyai perairan yang amat luas untuk ‘bersembunyi’  dan mereka adalah amat sukar untuk dikesan termasuk oleh kapal tentera laut yang mempunyai kemampuan peperangan anti-kapal selam.”

“Mengesan kapal selam nuklear Amerika Syarikat mungkin di luar kemampuan Angkatan Tentera China,” katanya.

SSBN

Sebenarnya sejak berlakunya krisis di Ukraine,  Amerika telah menghantar beberapa “signal” kepada musuh-musuh seperti mengadakan latihan laut di Laut Filipina membabitkan kapal-kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson dan USS Abraham Lincoln, amphibious assalut ship USS Amerika dan USS Essex.

Tentera Laut Amerika Syarikat juga mengumumkan “kunjungan” kapal selam nuklear USS Georgia yang boleh membawa 154 peluru berpandu Tomahawk ke Limassol, Cyprus. — DSA

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Comments
Loading...