Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Pertembungan” Kapal-Kapal Perang Russia Dan Amerika Syarikat Di Perairan Hawaii

Laporan daripada OSINT (Open Source Intellingence) serta imej-imej satelit mengatakan sebanyak tujuh buah kapal perang Russia daripada Armada Pasifik itu berada hanya 35 batu nautika (kira-kira 65km)  di selatan Honolulu di Pulau Hawaii.

0 1,628

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Pada ketika ini sedang berlaku “pertembungan” antara kapal-kapal perang daripada Armada Pasifik Tentera Laut Russia dengan kapal-kapal daripada Armada Pasifik Tentera Laut Amerika Syarikat di perairan tidak jauh daripada Pulau Hawaii.

Laporan daripada OSINT (Open Source Intellingence) serta imej-imej satelit mengatakan sebanyak tujuh buah kapal perang Russia daripada Armada Pasifik itu berada hanya 35 batu nautika (kira-kira 65km)  di selatan Honolulu di Pulau Hawaii.

Pulau Hawaii adalah pengkalan utama tentera Amerika Syarikat, selain menempatkan kemudahan ujian pelancaran peluru berpandunya.

Sebagai reaksi balas, Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengerahkan tiga buah kapal destroyer kelas-Arleigh Burke dan sebuah kapal pengawal pantai kelas-Sentinel untuk “shadow” (memantau) kapal perang-kapal perang tentera laut Russia itu.

Sudah pasti keadaan di perairan di Pulau Hawaii itu amat tegang pada ketika ini.

Russia
Kapal Cruiser “Varyag” Tentera Laut Russia.

 

Pertembungan antara kapal-kapal perang Russia dan Amerika Syarikat di Hawaii itu berlaku hanya beberapa minggu selepas pertemuan pertama kali antara kedua-dua pemimpin negara itu, Jo Biden dan Vladimir Putin.

Ia adalah pertemuan julung-julung kali selepas Biden dilantik sebagai presiden Amerika Syarikat.

Armada tujuh buah kapal perang Russia yang berada hampir dengan Pulau Hawaii itu diketuai oleh kapal cruiser kelas-Slava “Varyag”.

Kapal-kapal tentera laut Russia lain yang dikenalpasti adalah Marshal Krylov, Sovershenny, Marshal Shaposnikov, Gromkiy, Aldar Tsydenzhapov dan Admiral Panteleyev.

Apa yang dilihat itu adalah kapal-kapal permukaan, namun kapal-kapal selam Russia dan Amerika Syarikat juga sudah pasti terlibat dalam “pertembungan” di perairan Hawaii pada ketika ini.

Cumanya ianya berlaku di bawah permukaan.

Sebuah pesawat pejuang F-22 “Raptor” sedang memintas pesawat pengebom Russia.

 

Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Carl Vinson juga berada di perairan Hawaii pada ketika ini untuk menjalankan latihan yang berasingan sebelum ia kembali menjalankan rondaan.

Ketujuh-tujuh buah kapal perang Russia yang berada hampir dengan Pulau Hawaii itu dipercayai adalah sebahagian daripada kapal-kapal perang Armada Pasifik-nya yang sedang menjalankan latihan di tengah-tengah Lautan Pasifik.

Pemerhati pertahanan mengatakan ia adalah latihan terbesar oleh Armada Pasifik Russia sejak berakhirnya Perang Dingin.

Dalam tempoh seminggu ini, pihak tentera Amerika Syarikat telah dua kali mengerahkan pesawat-pesawat F-22 Raptor yang berpengkalan di Hawaii untuk memintas pesawat-pesawat pengebom Russia yang terbang hampir dengan Pulau Hawaii.

Selain tujuh buah kapal perang Russia itu, sebuah kapal pengintp “Kareliya” (SSV-535) juga berada berhampiran dengan Pulau Hawaii.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...