Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Ganti Sistem Radio Kapal LMS Ke-4, “Rencong” ?

Kapal LMS Rencong mula dibina pada 18 September 2019 dan dilancarkan ke permukaan air pada 16 Disember tahun lepas oleh Pasukan Projek LMS TLDM di Wuhan.

0 6,710

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 18 Disember tahun lepas,  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima kapal Littoral Mission Ship (LMS) miliknya yang terakhir iaitu, LMS Rencong yang dibina di Pelabuhan Wuchang, China.

Penerimaannya pada 18 Disember tahun lepas itu menandakan bahawa TLDM telah menerima keempat-empat kapal LMS yang dibina di China itu.

Kapal LMS terbaru negara itu akan menyertai kapal-kapal LMS yang lain yang kini ditempatkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu iaitu, KD Badik, KD Sundang dan KD Keris.

Ketiga-tiga kapal LMS awal itu telah pun ditauliahkan dan kini sedang menjalankan tugas menjaga kedaulatan serta keselamatan perairan negara terutamanya di Laut China Selatan.

Sebagaimana Rencong, ketiga-tiga kapal LMS negara itu turut dibina di limbungan kapal di China.

Rencong

Namun pada 24 Januari lepas, Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender yang bertajuk “PEMBAIKAN RADIO V/UHF LMS 4 RENCONG. RUJUK DSAT/SH/SENG/22/08” yang dibuka pada tarikh berkenaan dan ditutup pada 31 Januari 2021 untuk kapal LMS yang baru diterimanya, Rencong.

Antara spesifikasi kerja-kerja pembaikan radio bagi kapal LMS Rencong itu meliputi antaranya: “ 1. Replace V/UHF Icom to V/UHF technical Radio compliance with RMN Specification as per Schedule Of Compliance (SOC).”

Kapal LMS keempat negara tersebut dinamakan Rencong bersempena nama salah sebuah kapal ronda Kelas Keris yang telah dilucut tauliah pada 2005.

Kapal LMS
” KD Badik” (gambar kredit TLDM)

 

Kapal LMS Rencong mula dibina pada 18 September 2019 dan dilancarkan ke permukaan air pada 16 Disember tahun lepas oleh Pasukan Projek LMS TLDM di Wuhan.

Malaysia memperolehi empat buah kapal LMS yang dibina secara bersama antara Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China dalam kontrak perolehan yang melebihi RM1 billion.

Dibawah Rancangan Malaysia ke-12 pula, TLDM bakal menambah lapan buah lagi kapal LMS di bawah program LMS Batch 2 sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

KD Sundang
Kapal LMS TLDM, KD Sundang

 

Pada Oktober tahun lepas, terdApat laporan  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan telah bertindak menggantikan sistem radio bagi ketiga-tiga kapal Littoral Mission Ship (LMS) kelas-Keris yang baru sahaja diterimanya daripada China.

Menurut laporan, tender bagi sistem radio baru kapal LMS itu dikatakan telah dikeluarkan pada Ogos tahun lepas untuk dua buah kapal LMS yang pertama, sebelum tender bagi kapal LMS ketiga dikeluarkan kemudian.

Dikatakan sistem radio bagi ketiga-kita kapal LMS negara itu telah digantikan dengan sistem buatan syarikat Rohde & Schwarz yang memang biasa digunakan oleh kapal-kapal TLDM yang lain– DSA

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Comments
Loading...