Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Kali Pertama Dalam Sejarah, Peluru Berpandu Ballistik Bedil Kapal

(VIDEO) Berlaku pada 15 Disember lalu, insiden itu melihat kumpulan bersenjata Houthi dilaporkan telah melancarkan dua butir peluru berpandu ballistik anti-kapal “Khalije Fars” terhadap kapal dagang, MV Palatium 3 yang sedang belayar di Selat Bab El-Mandep di Laut Merah berhampiran Yaman.

0 69,263

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali dalam sejarah, peluru berpandu ballistik anti-kapal (anti-ship ballistic missile – ASBM) berkemungkinan besar telah digunakan dengan jayanya untuk membedil sebuah kapal yang sedang belayar di perairan.

Berlaku pada 15 Disember lalu, insiden itu melihat kumpulan bersenjata Houthi dilaporkan telah melancarkan dua butir peluru berpandu ballistik anti-kapal “Khalije Fars” terhadap kapal dagang, MV Palatium 3 yang sedang belayar di Selat Bab El-Mandep di Laut Merah berhampiran Yaman.

Menurut tentera Amerika Syarikat, salah sebuah daripada peluru berpandu ballistik anti-kapal yang dilancarkan itu telah berjaya mengenai kapal dagang yang mengibarkan bendera Liberia, manakala sebutir lagi peluru berpandu tersasar.

Kapal dagang MV Palatium yang terkena bedilan itu telah terbakar dan mengalami kerosakan yang teruk akibat bedilan itu.

Selepas insiden itu, kapal dagang itu telah mengeluarkan panggilan kecemasan yang disambut oleh kapal destroyer Amerika Syarikat USS Mason (DDG-87) yang berada berhampiran.  

Peluru Berpandu
MV Palantium 3

Ballistik

Namun, apa yang mengejutkan pemerhati tentera serantau adalah kemungkinan penggunaan peluru berpandu ballistik anti-kapal yang pertama dalam sejarah terhadap kapal yang sedang belayar di perairan.

Kumpulan bersenjata Houthi yang disokong oleh Iran itu dilaporkan telah dibekalkan dengan peluru berpandu ballistik anti-kapal daripada Teheran, berkemungkinan sebahagian daripada usaha untuk menangani kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan sekutunya.

Ia telah memberi amaran akan menembak mana-mana kapal dagang di Laut Merah yang menuju ke pelabuhan Eilat di Israel.

Peluru berpandu ballistik anti-kapal yang digunakan oleh kumpulan Houthi terhadap kapal MV Palatium 3 dikenalpasti sebagai “Khalije Fars”, yang merupakan peluru berpandu single-stage solid propellant berkemampuan membedil sasaran sejauh 300km.

Media-media Iran menyatakan bahawa peluru berpandu itu membawa bahan peledak seberat 650kg selain adalah kalis kepada sebarang usaha jamming daripada pihak musuh.

 

Peluru berpandu ballistik anti-kapal “Khalije Fars” yang didedahkan kepada awam pada 2011 itu telah direkabentuk berdasarkan kepada peluru berpandu “Fateh-110”.

Selain itu, peluru berpandu ballistik anti-kapal itu yang dilancar daripada pelancar bergerak itu  dilaporkan memiliki sistem penjejak sasaran yang canggih di mana ia mampu mencari dan menemui sasarannya.

Dengan sistem navigasi secara internal, peluru berpandu ballistik anti-kapal “Khalije Fars” milik Houthi itu berkemampuan meluncur selaju Mach 4. 

Peluru berpandu ballistik yang dilancarkan daripada pelancar di daratan, trak dan silo selalunya digunakan untuk membedil sasaran yang besar seperti bandar-bandar atau pangkalan tentera.

Oleh itu melancarkan peluru berpandu ballistik terhadap kapal-kapal dikatakan sukar kerana saiz sasaran itu adalah kecil berbanding bandar atau pangkalan tentera.

Ballistik
Gambar Hiasan

 

Apatah lagi peluru berpandu ballistik anti-kapal “Khalije Fars” itu tidak dilengkapi dengan kemampuan untuk membetulkan laluan ke sasaran semasa penerbangannnya.

Tindakan kumpulan bersenjata Houthi itu membedil kapal dagang MV Palatium 3 itu dengan peluru berpandu ballistik anti-kapal dianggap sebagai suatu kejayaan kerana kemampuan mereka menyasarkan kapal dianggap “sasaran kecil” dengan tepat.   — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

 

Comments
Loading...